News & Articles Sepang Goldcoast bakal dijadikan model bandar rendah karbon

Sepang Goldcoast bakal dijadikan model bandar rendah karbon


24 Feb 2023
Sepang Goldcoast bakal dijadikan model bandar rendah karbon
SEPANG: Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) hari ini menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan Sepang Goldcoast Sdn Bhd (SGC) untuk membangunkan Sepang Goldcoast menjadi model bandar rendah karbon.

Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, Shamsul Bahar Mohd Nor, berkata MoC itu memfokuskan terhadap perundingan yang berkesan antara organisasi dalam membina rangka kerja berkaitan untuk projek kelestarian yang diterajui SGC.

"Aspek amalan hijau dalam industri pembinaan berkaitan dengan meminimumkan pelepasan gas rumah hijau (GHG). Dengan inisiatif mengimbangi karbon diwujudkan, perkembangan ini akan membuka jalan untuk mewujudkan operasi sifar bersih.

"Rangka kerja alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) akan membolehkan bandar beroperasi lebih efisien sambil meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan perniagaan, antara banyak manfaat lainnya," katanya semasa majlis menandatangani MoC di Avani Sepang Goldcoast Resort.

Memorandum itu ditandatangani oleh Shamsul Bahar mewakili MGTC dan Pengerusi Eksekutif SGC, Gan Chool Yang bagi pihak syarikat itu.

Sementara itu, Chool Yang berkata kerjasama itu juga akan menumpukan kepada penyelesaian yang didorong oleh teknologi seperti menggalakkan bangunan cekap tenaga, menggabungkan bahan-bahan yang mampan dan komponen kritikal lain di bandar hijau.

"Terdapat minat yang semakin meningkat dalam kalangan pelabur untuk projek-projek yang meletakkan ESG di teras pembangunannya dan kami komited untuk membawa perkara ini dalam rancangan akan datang untuk membangunkan Sepang Goldcoast South, The Golden Palm Tree Water Villa Complex dan lain-lain.

"Langkah ini akan mewujudkan peluang dan pelaburan untuk menangani kemampanan dan meneruskan pertumbuhan pintar secara serentak," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

  • Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Returns with Over 1,200 Property, Auto & Art Auction Opportunities

  • SD Guthrie and Sime Darby Property Advance Strategic Industrial Corridor into Next Phase

  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga