News & Articles Nilai urus niaga hartanah hampiri rekod tertinggi

Nilai urus niaga hartanah hampiri rekod tertinggi


13 Mar 2023
Nilai urus niaga hartanah hampiri rekod tertinggi
KUALA LUMPUR: Jumlah nilai urus niaga hartanah Malaysia pada 2022 berkemungkinan melebihi paras tertinggi yang pernah direkodkan sebanyak RM161 bilion pada 2014, didorong oleh pemulihan dalam permintaan.

Ahli Lembaga Pengarah Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA), Ahmad Zamzuri Kamarudin, berkata setakat suku ketiga 2022, jumlah nilai urus niaga hartanah Malaysia hampir RM141 bilion yang dicatatkan pada 2021.

Pusat Maklumat Harta Tanah Negara akan mengumumkan angka 2022 minggu depan, katanya kepada kepada pemberita di Konvensyen Tahunan Hartanah Kebangsaan di sini, hari ini.

"Kami menjangkakan 2022 akan melepasi angka berkenaan berikutan suku ketiga 2022 yang positif dan susulan momentum itu kami menjangkakan pasaran hartanah akan kekal positif pada 2023," katanya.

Sementara itu, Presiden MIEA, Chan Ai Cheng berkata keyakinan pembeli nampaknya telah kembali apabila jumlah pertanyaan untuk penyewaan dan jualan telah meningkat pada suku terakhir 2022.

Beliau berkata, sentimen telah pun bertukar positif sejak Disember tahun lalu berdasarkan tinjauan sentimen MIEA.

Ai Cheng menganggap kenaikan kos pinjaman akibat kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tahun lalu nampaknya tidak memberi kesan kepada pembeli di Malaysia.

"Walaupun keadaan ekonomi yang suram, ejen dan pemain tempatan kami bersikap positif untuk tahun 2022.

"Kira-kira separuh daripada mereka berpendapat bahawa tahun 2023 akan menjadi lebih baik," katanya.

-BERNAMA

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

  • Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Returns with Over 1,200 Property, Auto & Art Auction Opportunities

  • SD Guthrie and Sime Darby Property Advance Strategic Industrial Corridor into Next Phase

  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga