News & Articles Selangor perkenal insentif bagi tarik pelaburan ke IDRISS Taman perindustrian

Selangor perkenal insentif bagi tarik pelaburan ke IDRISS Taman perindustrian


16 Mar 2023
Selangor perkenal insentif bagi tarik pelaburan ke IDRISS Taman perindustrian
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor menawarkan insentif baharu untuk merancakkan lagi projek pembangunan di negeri ini membabitkan Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor (IDRISS) dan Pembangunan Taman Perindustrian berkonsepkan Taman Perindustrian Terurus (MIP).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata bagi memacu pembangunan IDRISS, lima insentif diperkenalkan iaitu skim premium khas, bayaran ansuran caj pemajuan tanpa faedah, pengecualian cukai taksiran tanah kosong, potongan 50 peratusan cukai taksiran bangunan kosong dan pengecualian bayaran lesen perniagaan.

Berucap merasmikan IDRISS di sini semalam, Amirudin berkata bagi Pembangunan Taman Perindustrian berkonsepkan MIP, empat insentif tambahan diperkenalkan untuk memudahkan pelabur yang merangkumi perkara seperti proses laluan segera, tempoh kelulusan, cukai taksiran dan pengecualian bayaran lesen perniagaan.

"Bagi pihak pemaju dan pengurus taman perindustrian MIP, insentif berkaitan premium tanah, bayaran ansuran caj pemajuan tanpa faedah, kuota pemilikan hartanah bagi warganegara atau syarikat asing penduduk tetap, pajakan jangka masa panjang pembangunan bukan strata, cukai tanah dan cukai taksiran telah diperkenalkan," katanya.

Menurutnya, insentif bagi pembangunan IDRISS dan MIP merupakan langkah yang dapat menggalakkan pemaju dan pemilik tanah serta memberi nafas baharu dalam pertumbuhan ekonomi negeri.

"Ini juga dapat menarik minat pemaju hartanah untuk mempercepatkan aktiviti pembangunan dengan membantu mengurangkan bebanan kos awalan pembangunan bagi sesuatu projek tersebut," katanya.

IDRISS adalah antara agenda yang terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama di bawah teras ekonomi khusus bagi pembangunan di daerah Sepang dan Kuala Langat merangkumi keluasan kira-kira 20,000 hektar dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM1 trilion.

Pembangunan Taman Perindustrian berkonsepkan MIP adalah pembangunan taman perindustrian yang diurus secara sistematik oleh pihak Industrial Park Manager (IPM) dan pihak pemaju atau IPM yang dilantik yang memainkan peranan sebagai pengurus dan penyelenggara taman perindustrian. - Bernama

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia