LBS lancar rumah mampu milik di perbandaran KITA @ Cybersouth
KUALA LUMPUR: Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Bhd (LBS) mencatat kadar pengambilan luar biasa bagi rumah satu tingkat KITA Bestari menjangkau sehingga 90 peratus dalam masa dua minggu sejak dibuka untuk tempahan.
Disokong oleh permintaan pasaran yang kukuh di kawasan perbandaran itu, LBS melancarkan KITA Bestari yang terletak di perbandaran Tanah Rizab Melayu KITA @ Cybersouth.
KITA Bestari terdiri daripada tiga jenis hartanah, rumah teres satu Tingkat yang merangkumi 413 unit dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) RM217 juta, rumah dua tingkat (76 unit dengan jumlah GDV RM47 juta), serta rumah bandar (328 unit dengan GDV RM154 juta).
Rumah satu tingkat KITA Bestari menawarkan keluasan binaan seluas 1,094 kaki persegi dilengkapi dengan empat bilik tidur dan dua bilik air dengan harga yang berpatutan bermula daripada RM499,000.
Manakala rumah dua tingkat KITA Bestari berharga daripada RM600,000 dengan keluasan binaan 1,447 kaki persegi.
Harga jualan bagi rumah bandar pula bermula daripada RM459,900 dengan keluasan binaan 1,346 kaki persegi (unit bawah) dan 1,483 kaki persegi bagi (unit atas).
Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata, sebagai pemaju perumahan rakyat, LBS kekal komited dengan matlamat untuk menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti bagi memenuhi permintaan negara.
Beliau berkata, projek pembangunan KITA @ Cybersouth menerima sambutan yang menggalakkan daripada pembeli rumah sejak pelancaran pertamanya pada 2018.
"Berdasarkan rekod, rumah satu tingkat KITA Bestari terjual melebihi 90 peratus unit, ini menunjukkan tahap keyakinan pelanggan yang kukuh terhadap LBS.
"Pada 31 Disember 2022, LBS menyerahkan sejumlah 2,722 unit kunci rumah kepada pemilik rumah yang membeli rumah teres dua tingkat KITA Harmoni, Pangsapuri Servis dan ruang kedai KITA Impian, serta rumah teres dua tingkat dan rumah bandar KITA Bayu," katanya dalam satu kenyataan.
Berpegang teguh kepada tiga prinsip utama LBS iaitu mampu milik, kesalinghubungan dan komuniti, pemilihan kemudahan di sekitarnya diberi tumpuan secara menyeluruh bagi menggalakkan ikatan kekeluargaan menerusi pusat kecergasan, gelanggang takraw serta bola keranjang.
Lengkap dengan sistem pembangunan berpagar dan berpengawal, ciri-ciri keselamatan adalah faktor penting di samping harga yang berpatutan dan terletak jauh dari kesibukan ibu kota dan terletak di kawasan koridor selatan Lembah Klang Besar di antara Putrajaya dan Cyberjaya.
Selain itu, ia juga berdekatan dengan lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya melalui Lebuhraya Elite, Lebuhraya Maju (MEX), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Jalan Dengkil-Banting.
KITA @ Cybersouth terletak berdekatan dengan pelbagai kemudahan awam utama antaranya hab komersial, institusi kewangan, pusat pentadbiran kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa, lapangan terbang antarabangsa, pusat penjagaan kesihatan dan sebagainya.
KITA Bestari juga projek yang tersenarai dalam kempen LBS Fabulous Extra 2022-2023, dengan hadiah cabutan bertuah bernilai RM1.5 juta untuk dimenangi.
Hadiah-hadiah istimewa itu ialah Perodua Axia, Motosikal, Cinema Home Soundbar, basikal gunung, televisyen 40 inci dan peralatan elektrik.
Pembeli rumah LBS juga bakal menikmati insentif tambahan, seperti yuran tempahan rendah sebanyak RM500, pengecualian yuran guaman, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran flexi, yuran keluar sifar dan pakej perabot.
Untuk maklumat lanjut mengenai KITA Bestari, sila layari galeri jualan KITA @ Cybersouth, dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang dan layari https://virtualfair.lbs.com.my/township/cybersouth/kita-bestari-single-s... house/atau hubungi 1700 81 8998.
Source: Bharian.com.my