News & Articles Rumah Setingkat KITA Bestari terjual lebih 90 peratus unit

Rumah Setingkat KITA Bestari terjual lebih 90 peratus unit


22 Mar 2023
Rumah Setingkat KITA Bestari terjual lebih 90 peratus unit
PEMAJU perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) mencatat kadar pengambilan luar biasa bagi Rumah Setingkat KITA Bestari menjangkau sehingga 90 peratus dalam masa dua minggu, sejak tempahan dibuka.

Pengerusi Eksekutif LBS Tan Sri Lim Hock San berkata, sebagai pemaju perumahan rakyat, LBS kekal komited dengan matlamat untuk menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti bagi memenuhi permintaan negara.

Katanya, projek pembangunan KITA@Cybersouth sudah menerima sambutan yang menggalakkan daripada pembeli rumah sejak pelancaran pertamanya pada 2018.

"Berdasarkan rekod, Rumah Setingkat KITA Bestari sudah terjual melebihi 90 peratus unit, ini menunjukkan tahap keyakinan pelanggan yang kukuh terhadap LBS.

"Pada 31 Disember 2022, LBS menyerahkan sejumlah 2,722 unit kunci rumah kepada pemilik yang membeli rumah teres dua tingkat KITA Harmoni, Pangsapuri Servis dan ruang kedai KITA Impian, serta rumah teres dua tingkat dan rumah bandar KITA Bayu," katanya.

Pelancaran KITA Bestari terletak di perbandaran tanah rizab Melayu KITA@Cybersouth.

KITA Bestari terdiri daripada tiga jenis hartanah, rumah teres setingkat merangkumi 413 unit dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) RM217 juta, rumah dua tingkat (76 unit, GDV RM47 juta), serta rumah bandar (328 unit, GDV RM154 juta).

Rumah Setingkat KITA Bestari menawarkan keluasan binaan seluas 1,094 kaki persegi dilengkapi dengan empat bilik tidur dan dua bilik air dengan harga bermula RM499,000.

Bagi Rumah Dua Tingkat KITA Bestari, ia berharga dari RM600,000 dengan keluasan binaan 1,447 kaki persegi.

Harga jualan bagi Rumah Bandar pula bermula daripada RM459,900 dengan keluasan binaan 1,346 kaki persegi (unit bawah) dan 1,483 kaki persegi bagi (unit atas).

Berpegang teguh kepada tiga prinsip utama LBS iaitu mampu milik, kesalinghubungan dan komuniti, pemilihan kemudahan di sekitarnya diberi tumpuan secara menyeluruh bagi menggalakkan ikatan kekeluargaan menerusi pusat kecergasan, gelanggang takraw serta bola keranjang.

Lengkap dengan sistem pembangunan berpagar dan berpengawal, ciri keselamatan menjadi faktor penting di samping harga yang berpatutan dan terletak jauh dari kesibukan ibu kota dan terletak di kawasan koridor selatan Lembah Klang Besar di antara Putrajaya dan Cyberjaya.

Selain itu, ia juga berdekatan dengan lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya melalui Lebuhraya Elite, Lebuhraya Maju (Mex), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Jalan Dengkil-Banting.

KITA @ Cybersouth terletak berdekatan dengan pelbagai kemudahan awam utama antaranya hab komersial, institusi kewangan, pusat pentadbiran kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa, lapangan terbang antarabangsa, pusat penjagaan kesihatan dan sebagainya.

KITA Bestari juga projek yang tersenarai dalam kempen LBS Fabulous Extra 2022-2023, dengan hadiah cabutan bertuah bernilai RM1.5 juta untuk dimenangi.

Hadiah istimewa ditawarkan termasuk Perodua Axia, Motosikal, Cinema Home Soundbar, basikal gunung, televisyen 40 inci dan peralatan elektrik.

Pembeli rumah LBS juga bakal menikmati insentif tambahan, seperti yuran tempahan rendah sebanyak RM500, pengecualian yuran guaman, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran fleksibel, yuran keluar sifar dan pakej perabot.

Untuk maklumat lanjut mengenai KITA Bestari, boleh kunjungi galeri jualan KITA@Cybersouth, dari jam 10 pagi hingga 6 petang, layari virtualfair.lbs.com.my/township/cybersouth/kita-bestari-single-storey-terrace house atau hubungi 1700818998.

Source: Hmetro.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia