News & Articles 80 peratus kediaman mewah CORE Residence @ TRX ditempah

80 peratus kediaman mewah CORE Residence @ TRX ditempah


27 Mar 2023
80 peratus kediaman mewah CORE Residence @ TRX ditempah
apai kadar langganan sekitar 80 peratus daripada pelabur domestik dan luar negara meskipun belum siap sepenuhnya.

Projek milik CORE Precious Development Sdn Bhd (CORE) telah mencapai kejayaan besar apabila kini 70 peratus siap.

Projek kediaman mewah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.4 bilion dimajukan antara China Communications Construction Group (CCCG), iaitu antara syarikat Fortune Global 500 dengan WCT Holdings Bhd iaitu syarikat kejuruteraan dan pembinaan terkemuka Malaysia, yang juga pemaju hartanah.

Syarikat meraikan majlis 'Topping Out' dengan meletakkan rusuk akhir struktur projek, mengukuhkan lagi kedudukan CORE Residence @ TRX sebagai projek kediaman pertama di daerah kewangan TRX.

Pengerusi dan Pengarah Urusan CORE Precious Development Sdn Bhd, Zhang Bao, berkata kemajuan pembangunan CORE Residence @ TRX adalah pencapaian besar bagi syarikat kerana berjaya mengharungi cabaran COVID-19.


Katanya, sebagai pembangunan kediaman pertama dalam pembangunan mega 28.33 hektar dalam Tun Razak Exchange yang menjadi masa depan daerah kewangan Kuala Lumpur, projek ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pembeli antarabangsa dan tempatan.

"Acara hari ini mengukuhkan lagi kedudukan CORE Residence @ TRX sebagai mercu tanda strategik dalam menarik pelabur antarabangsa untuk membeli hartanah di sini.

"CORE Residence @ TRX pada masa ini mempunyai kadar pembelian yang menggalakkan sebanyak 80 peratus, menarik pelanggan dari lebih 20 negara dengan pembelinya datang dari negara Asia utama seperti China, Singapura, Korea Selatan dan Jepun, dan tidak dilupai, Malaysia.

"Kami yakin mencapai kadar pengambilan 100 peratus sebelum projek ini diserahkan kepada pembelian akhir tahun ini," katanya ketika media selepas majlis 'Topping Out' CORE Residence @ TRX di sini hari ini.

Pembangunan kediaman pertama dalam TRX, CORE Residence akan menjadi tanda aras untuk gaya hidup premium mewah di persekitaran itu kerana setiap kediaman dilengkapi dengan kemudahan kediaman kelas pertama dan tingkap luas dari lantai ke siling dengan reka bentuk dalaman yang menekankan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi dalam unitnya.

Merentasi tanah pegangan bebas seluas 0.67 hektar, kediaman mewah itu terdiri daripada dua menara kediaman servis dengan 580 unit dan satu menara pangsapuri servis.

Menawarkan tujuh reka bentuk berbeza untuk pilihan, unit yang dibina adalah antara 624 kaki persegi hingga 1,022 kaki persegi.Apabila siap, CBRE|WTW akan menjadi pengurus hartanah CORE Residence @ TRX.

CBRE|WTW ialah firma perkhidmatan dan pelaburan hartanah komersial di mana ia menyediakan penyelesaian hartanah yang komprehensif kepada pelanggan merentasi pelbagai industri dan sektor.

Pengarah Urusan Kumpulan CBRE|WTW, Tan Ka Leong berkata, syarikat itu komited untuk memberikan nasihat terbaik dan menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan dan pemilik CORE Residence @ TRX.

"Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan rakan kongsi yang berfikiran maju ke hadapan seperti CCCG. Pemilihan pengurus harta dan proses perbincangan dengan mereka bukanlah satu perkara yang mudah, ini membuktikan bahawa mereka sentiasa meletakkan standard yang tinggi dalam semua aspek untuk memenuhi jangkaan pembeli," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia