News & Articles SCIB dapat kontrak bina sekolah di Sarawak

SCIB dapat kontrak bina sekolah di Sarawak


28 Mar 2023
SCIB dapat kontrak bina sekolah di Sarawak
KUALA LUMPUR: Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, SCIB Industrialized Building System Sdn Bhd (SCIBIBS) dianugerahkan subkontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM16.8 juta daripada Majestika Sdn Bhd (Majestika)

Majestika, kontraktor utama projek itu, menganugerahkan subkontrak EPCC kepada SCIBIBS dengan tempoh 14 bulan untuk pembinaan Sekolah Kebangsaan Tambay, di Kota Samarahan, Sarawak.

Pengarah Urusan Kumpulan SCIB, Rosland Othman, berkata pakar kejuruteraan awam itu memperoleh projek berkenaan selepas dianugerahkan projek membina semula sebuah sekolah di Serian, Sarawak yang diumumkan sebelum ini bernilai RM20.65 juta.

"Kekuatan dan tumpuan pada projek infrastruktur luar bandar bersaiz kecil hingga sederhana membolehkan kami membina portfolio yang kukuh yang boleh dimanfaatkan apabila mencari projek sedemikian.

"SCIB menawarkan perkhidmatan EPCC yang disokong oleh cabang pembuatan kami, iaitu pengeluar konkrit pratuang dan IBS terkemuka di Malaysia Timur. Kami sedang giat meneruskan projek untuk sekolah usang di Sarawak dan Sabah, yang telah diperuntukkan RM920 juta.

"Ini adalah tambahan kepada pembidaan projek di kedua-dua negeri, yang masing-masing telah diperuntukkan RM5.6 bilion dan RM6.5 bilion di bawah Belanjawan 2023 dibentangkan semula."

Harga saham SCIB hari ini ialah 0.125 sen dengan permodalan pasaran RM72.8 juta.

SCIB mempunyai buku pesanan sebanyak RM388 juta setakat Mac 2023.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

  • Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Returns with Over 1,200 Property, Auto & Art Auction Opportunities

  • SD Guthrie and Sime Darby Property Advance Strategic Industrial Corridor into Next Phase

  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga