News & Articles PPB Properties beri Bedong nafas baharu

PPB Properties beri Bedong nafas baharu


4 Apr 2023
PPB Properties beri Bedong nafas baharu
BEDONG: PPB Properties, divisyen hartanah PPB Group Bhd, melancarkan Lumina Bedong, perbandaran pertama Bedong Kedah, yang bakal menghidupkan semula komuniti, mengubahnya menjadi satu perbandaran kontemporari dan meriah.

Syarikat dalam satu kenyataan berkata, dibina dengan keutamaan kepada masyarakat, Lumina Bedong sedia untuk menambah baik dan memodenkan bandar itu dengan menyerlahkan ruang sentrik orang ramai, pengalaman hidup baharu dan ruang komersial yang maju.

Perbandaran yang terletak di atas tanah pegangan bebas seluas 228 ekar (92.27 hektar), menampilkan kira-kira 1,500 unit rumah teres mampu milik dan dibina secara strategik dengan pelbagai kemudahan, serta komponen komersial dan kemudahan rekreasi.

"Apabila siap, perbandaran itu akan menempatkan taman seluas 5.6 ekar (2.27 hektar) yang menjadi taman rekreasi terbesar di kawasan itu. Ia memberikan peluang kepada penduduk untuk merasai kemudahan komuniti seperti trek berjoging dan berbasikal, laluan refleksologi dan kawasan permainan kanak-kanak.

"Lumina Bedong dijangka bakal menarik pasangan yang baru mendirikan rumah tangga atau keluarga muda yang mencari rumah pertama mereka.

"Bukan itu sahaja, ia juga diharapkan dapat menarik keluarga dari kawasan sekitar yang ingin menaik taraf kepada rumah yang lebih baharu dan lebih luas dalam perbandaran induk serba lengkap yang terancang," kata kenyataan itu.

Sebagai sebahagian daripada Fasa 1, PPB Properties akan melancarkan 221 unit rumah teres 1.5 tingkat dan 1 tingkat. Pusat tumpuan rumah kediaman ini ialah taman seluas 2.3 ekar dengan pelbagai kemudahan, termasuk gelanggang futsal, denai joging, gimnasium terbuka dan tanah permainan kanak-kanak, sesuai untuk keluarga.

Perbandaran itu juga akan terdiri daripada hab komersial seluas 23 ekar (9.31 hektar), menjadikannya pembangunan komersial terbesar dalam kawasan itu.

Hab komersial ini merangkumi peruncitan dengan tawaran yang pelbagai sesuai untuk orang dewasa yang bekerja, keluarga dan kanak-kanak.

Di samping memberikan kemudahan kepada penduduk, ruang ini akan memacu perniagaan baharu, peluang pekerjaan untuk masyarakat dan menarik orang ramai ke Bedong.

PPB Properties telah membina reputasi cemerlang dalam menghasilkan ruang kediaman, pusat membeli belah dan komersial bernilai tinggi sejak 40 tahun yang lalu.

Syarikat itu telah membangunkan projek yang berjaya di Cheras, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Dengan pelancaran baharu Lumina Bedong, syarikat itu kini bersiap sedia untuk melebarkan sayap ke wilayah Utara.

"Dengan pembangunan Lumina Bedong, kami bersedia untuk merancakkan semula dan mengubah landskap Bedong. Kami berharap dapat memacu landskap sosio-ekonomi kawasan itu melalui komponen kediaman, komersial dan rekreasi kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif PPB Properties, Low Eng Hooi.

"Kami yakin bahawa Lumina Bedong akan berkembang menjadi sebuah perbandaran yang meriah pada masa hadapan, menjadikannya lokaliti utama di Kedah," kata Eng Hooi.

Perbandaran ini mempunyai laluan yang mudah untuk ke pusat bandar Bandar Sungai Petani. Ia terletak secara strategik di sepanjang jalan utama Alor Setar-Sg Petani, dengan pelbagai kemudahan berdekatan seperti sekolah, unit perniagaan dan Econsave pertama di Bedong.

Lumina Bedong mempunyai anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM900 juta; sasaran siap pada tahun 2035.

"Misi kami sebagai pemaju yang berpengalaman dan mengutamakan komuniti adalah sentiasa memastikan bahawa kami menambah nilai dan menambah baik landskap komuniti setempat. Kami berharap untuk terus memberikan pembangunan berkualiti yang direka dengan baik," katanya.

Pembangunan lain di bawah PPB Properties adalah termasuk Cheras LeisureMall, New World Park dan Megah Rise di Petaling Jaya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia