News & Articles Fajarbaru dapat kontrak bina pangsapuri mampu milik di Pulau Pinang

Fajarbaru dapat kontrak bina pangsapuri mampu milik di Pulau Pinang


10 Apr 2023
Fajarbaru dapat kontrak bina pangsapuri mampu milik di Pulau Pinang
KUALA LUMPUR: Fajarbaru Builder Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Fajarbaru Builder Group Bhd, berjaya memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM125.3 juta daripada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata kontrak berkenaan meliputi fasa empat cadangan pembangunan bercampur merangkumi 25 fasa dengan Fajarbaru Builder bagi membina tiga blok pangsapuri mampu milik di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Fajarbaru berkatat, ini meliputi pangsapuri kos rendah sederhana 12 tingkat mengandungi 149 unit; sebuah pangsapuri kos sederhana 14 tingkat jenis A (149 unit); sebuah pangsapuri kos sederhana 19 tingkat jenis B (222 unit), lima unit lot kedai serta tempat letak kereta dua tingkat.

"Projek ini membabitkan unjuran perolehan selama kira-kira tiga tahun dan menyumbang secara positif kepada kumpulan selain projek-projek pembinaan lain yang sedang dijalankan," kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Chan Kong Choy.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

  • Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Returns with Over 1,200 Property, Auto & Art Auction Opportunities

  • SD Guthrie and Sime Darby Property Advance Strategic Industrial Corridor into Next Phase

  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga