News & Articles duduk by EcoWorld trend baharu pasaran hartanah rumah

duduk by EcoWorld trend baharu pasaran hartanah rumah


17 Apr 2023
duduk by EcoWorld trend baharu pasaran hartanah rumah
CORAK pasaran hartanah banyak berubah akibat pandemik, atas faktor rakyat kehilangan kerja dan seterusnya terbeban dengan masalah kewangan.

Namun, ia beransur pulih dengan peningkatan peluang pekerjaan, selain pelbagai industri mula beroperasi, dan bantuan yang diberikan kerajaan untuk kelangsungan hidup rakyat.

Seiring pemulihan ekonomi, bukan sahaja kereta elektrik (EV) dan robot chat kecerdasan buatan (AI) yang menjadi topik hangat terkini, tetapi duduk by EcoWorld juga kian menjadi buah mulut rakyat.

duduk memperkenalkan pembangunan bertingkat yang bakal menghidupkan impian pemuda, memudahkan gaya hidup dengan harga mampu milik.

Ia diperkenalkan selepas pemaju hartanah itu menerima sambutan yang menggalakkan semasa pelancaran Huni D' Eco Ardence dan Se.Ruang D' Eco Sanctuary.

duduk by EcoWorld merangkumi empat projek baharu iaitu Sa.Young D' Eco Botanic, Santai D' Eco Spring, Riang D' Eco Majestic, dan Hana D' Eco Ardence yang mana masing-masing dibina dalam kawasan perbandaran EcoWorld yang dirancang dengan baik.

Setiap perbandaran EcoWorld dibina di lokasi strategik supaya penduduk mudah akses ke lebuhraya serta kemudahan kawasan komersial yang lengkap dengan pasar raya, klinik, kedai serbaneka, sekolah, dan sebagainya.

Biarpun lengkap dengan kemudahan menyeluruh dan mempunyai persekitaran menakjubkan, setiap projek duduk masih dijual pada harga yang berpatutan tanpa menjejaskan kualiti hidup.

Sesuai untuk semua

Susun atur ruang setiap pembangunan bertingkat duduk by EcoWorld cukup untuk seisi keluarga dan sesuai untuk semua peringkat usia, sama ada golongan profesional, baru berkahwin, mahupun mereka yang sudah bersara.

Semua pembangunan duduk by EcoWorld akan dilengkapi dengan keluasan purata 1,000* kaki persegi dan reka bentuk tiga bilik tidur, dua bilik air dengan separa berperabot*.

Setiap unit juga dilengkapi dengan dua tempat letak kereta.

Selain itu, duduk juga menyediakan kemudahan asas dan perkhidmatan keselamatan 24 jam untuk memastikan keselamatan anda dan yang tersayang di rumah impian.

Sa.Young D' Eco Botanic
Sa.Young D' Eco Botanic di Iskandar Puteri dibina di kawasan strategik dan menakjubkan untuk penduduk menikmati gaya hidup idaman.

Lokasi strategik pembangunan bertingkat itu membolehkan penduduk untuk mengakses antara lebuhraya utama dan Lebuhraya Pantai, Lebuhraya Pasir Gudang, serta Lebuhraya Skudai yang menjadikan perjalanan keluar dan masuk dari Eco Botanic lebih mudah.

Sa.Young D' Eco Botanic dilengkapi dengan kemudahan komersial iaitu Eco Boulevard yang menyediakan 200 unit kedai jenama dan peniaga terkenal seperti Starbucks, Watsons, dan pelbagai lagi.

Ia juga berdekatan dengan pusat beli-belah Eco Galleria yang sedia untuk disewa oleh pemilik perniagaan selain University of Southampton Malaysia (UoSM) yang menjadi salah satu penyewa utama Eco Galleria ketika ini.

Sa.Young D' Eco Botanic adalah kediaman separa berperabot* berukuran 1,000 kaki persegi dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang tempat letak kereta.

Sa.Young D' Eco Botanic boleh dimiliki dengan ansuran bermula RM1,810* sebulan bersama kelengkapan rumah seperti pendingin hawa, mesin basuh dan pengering dan juga kabinet dapur berserta hob.

Hubungi wakil jualan Sa.Young D' Eco Botanic untuk maklumat lanjut.

Santai D' Eco Spring
Santai D' Eco Spring di Tebrau pula dibina di lokasi strategik berhampiran Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL), Lebuhraya Utara-Selatan, dan Lebuhraya Pasir Gudang supaya penduduk mudah mengakses keluar masuk dari kawasan perumahan ke kawasan sekitar.

Santai D' Eco Spring mempunyai kemudahan yang lengkap di sekeliling kawasan perumahan.

Eco Spring City mempunyai taman berkonsepkan gaya hidup yang unik, iaitu Spring Labs yang menawarkan tempat-tempat dengan keindahan estetika, kafe, dan restoran.

Selain itu, kawasan komersial Eco Palladium juga terletak di bandar raya ini.

Anda boleh meluangkan masa bersama keluarga dan orang yang tersayang dengan menikmati makanan enak sambil membeli-belah di sini.

Santai D' Eco Spring adalah kediaman separa berperabot* yang berukuran daripada 950 hingga 1,037 kaki persegi dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air, dengan dua ruang tempat letak kereta.

Ia boleh dimiliki dengan ansuran bermula daripada RM1,745* sebulan yang disertakan dengan kelengkapan rumah seperti dua unit pendingin hawa, mesin basuh dan pengering, dan juga kabinet dapur berserta hob untuk kemudahan pembeli.

Hubungi wakil jualan Santai D' Eco Spring untuk maklumat lanjut.

Riang D' Eco Majestic
Riang D' Eco Majestic di Semenyih dibina di lokasi menakjubkan dan strategik untuk kemudahan penduduk mengakses ke kawasan bandar dan lebuhraya berhampiran seperti lebuhraya LEKAS.

Perbandaran ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti pasar raya, kedai, sekolah, hospital, dan segala keperluan seisi keluarga.

Antara kemudahan menarik yang terdapat di Eco Majestic City adalah McDonalds, US Pizza, Starbucks Reserve, Subway, Guardian, Health Lane, MR DIY, FamilyMart, A&W, Tealive, kafe, restoran, kedai aksesori telefon, klinik haiwan, hotel haiwan, dan lain-lain.

Riang D' Eco Majestic menawarkan kediaman separa berperabot* berukuran 1,000 kaki persegi dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang tempat letak kereta.

Dengan ansuran bulanan bermula daripada RM1,700*, Riang D' Eco Majestic disertakan kelengkapan separa berperabot* seperti lampu, kipas, pendingin hawa, kabinet dapur berserta hob, mesin basuh dan pengering, dan juga pemanas air mandi.

Hubungi wakil jualan Riang D' Eco Majestic untuk maklumat lanjut.

Hana D' Eco Ardence
Hana D' Eco Ardence terletak secara strategik di Setia Alam.

Penduduk Eco Ardence mempunyai akses mudah ke lebuhraya utama seperti Lebuhraya NKVE, Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Koridor Guthrie.

Eco Ardence menyediakan kemudahan komersial kepada komuniti seperti Ardence Labs dan Ardence Crest yang merupakan kawasan komersial dinamik.

Ardence Labs menggunakan bekas-bekas kargo dan mengubahnya kepada lot runcit dan makanan dan minuman (F&B) yang berkembang pesat.

Manakala Ardence Crest pula adalah kawasan komersial dengan pelbagai fasiliti seperti 99 Speedmart, 7-Eleven, Ardence International Secondary School, kafe, kedai perabot, dan banyak lagi.

Hana D' Eco Ardence adalah kediaman separa berperabot* berukuran 900 kaki persegi dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang tempat letak kereta.

Ia boleh dimiliki dengan ansuran bermula daripada RM1,728* sebulan berserta kelengkapan rumah seperti lampu, kipas, pendingin hawa , kabinet dapur berserta hob, mesin basuh dan pengering, dan juga pemanas air mandi.

Hubungi wakil jualan Hana D' Eco Ardence untuk maklumat lanjut.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati gaya hidup idaman yang memenuhi cita rasa dan keperluan anda hanya di duduk by EcoWorld.

Daftar hari ini di http://www.duduk.my/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai duduk by EcoWorld.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia