Kediaman mewah lima bilik berteknologi pintar di Nada Alam
PEREDARAN zaman menyaksikan rakyat Malaysia lebih bijak dalam membuat keputusan terutama dalam soal pemilikan hartanah.
Jika dahulu, trend membeli rumah di tengah ibu kota pernah menjadi ikutan, tetapi kini faktor lokasi, persekitaran, kemudahan serta keluasan rumah lebih diutamakan.
Bagi mereka yang sedang mencari kediaman yang luas dan selesa untuk seisi keluarga, perumahan Adena, Nada Alam wajib berada dalam senarai kediaman pilihan.
Rumah berkonsep terbuka
Adena adalah sebuah perumahan eksklusif hak milik kekal yang dibangunkan oleh pemaju hartanah terkemuka, Seri Pajam Development di kawasan perbandarannya Nada Alam.
Menariknya, kediaman dua tingkat ini direka khusus buat mereka yang berkeluarga besar, tinggal bersama ibu bapa atau sesuai juga dijadikan rumah pilihan untuk mereka yang bersara.
Mengetengahkan konsep kediaman terbuka, Adena hadir dengan dua pilihan rekaan rumah yang mempunyai keluasan berbeza iaitu 22' x 70' and 22' x 95'.
Bagi pilihan 22' x 70', unit ini mempunyai lima bilik tidur dan lima bilik mandi serta didatangkan dengan balkoni privasi yang sesuai dijadikan ruang istimewa untuk bersantai di petang hari.
Untuk pilihan kediaman 22' x 95' pula, rumah ini dilengkapi dengan lima bilik tidur dan empat bilik mandi serta mempunyai taman privasi, cukup luas untuk menganjurkan aktiviti keluarga.
Lebih menarik, kedua-dua rekaan rumah Adena dilengkapi ciri kediaman pintar seperti loceng pintu pintar, langsir pintar, suis lampu pintar, peranti Google Mini, jam digital dan banyak lagi.
Sebagai nilai tambah, setiap unit rumah Adena turut disertakan kamera litar tertutup (CCTV), bilik utiliti, beranda, dua ruang tamu dan tempat letak kereta luas yang mampu memuatkan sehingga tiga buah kereta dalam satu masa.
Persekitaran selamat, selesa
Dari segi persekitaran, kawasan perumahan Adena dikelilingi dengan hiasan landskap serba moden yang menawarkan pemandangan hijau, tenang, elegan dan memukau.
Penghuni kediaman juga pasti tidak bosan memanfaatkan pelbagai kemudahan asas yang ada di sini seperti trek larian, taman permainan kanak-kanak, ruang barbeku dan gimnasium.
Paling penting, pembeli rumah tidak perlu bimbang mengenai keselamatan penghuni kerana kawasan perumahan Adena dilindungi sistem keselamatan yang tinggi.
Selain dikelilingi pagar anti-panjat, kawasan perumahan ini juga dikawal ketat pengawal keselamatan termasuk rutin rondaan dan pemeriksaan sebelum pelawat dibenarkan masuk.
Kawasan strategik
Walaupun terhindar jauh daripada kesibukan kota, perumahan Adena boleh dikatakan sangat strategik kerana mempunyai akses mudah untuk ke bandar besar dan pekan utama menggunakan lebuhraya berhampiran yang hanya berjarak dua kilometer dari kediaman.
Adena terletak hanya 26 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dua minit dari stesen kereta api terdekat, 12 minit dari hospital, dikelilingi lebih 30 institusi pendidikan di kawasan sekitarnya seperti INTI International University, University Sains Islam Malaysia (USIM), Manipal University, Nilai International School serta tidak jauh daripada restoran dan pasar raya besar AEON Mall, Lotus dan Pasar Raya Besar Giant Hypermarket.
Dengan konsep yang memukau beserta segala kemudahan canggih yang disediakan, perumahan Adena di Nada Alam wajib menjadi salah satu rumah impian rakyat Malaysia.
Jika anda berminat untuk melihat ruang dalam serta suasana di perumahan Adena dengan lebih dekat, hubungi wakil jualan Adena menerusi pautan ini atau hubungi 0127800328 untuk membuat temu janji.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perumahan Adena, Nada Alam layari www.seripajam.com.my/adena-5rooms bagi kediaman 22' x 70' atau www.seripajam.com.my/adena-superlinked untuk kediaman 22' x 95'.
Source: Bharian.com.my