News & Articles KL48 projek pertama EcoFirst sejak pandemik

KL48 projek pertama EcoFirst sejak pandemik


22 May 2023
KL48 projek pertama EcoFirst sejak pandemik
KUALA LUMPUR: EcoFirst Consolidated Bhd baru-baru ini menandatangani kemudahan pembiayaan dengan AmBank Group untuk pembinaan KL48, projek pertamanya sejak pandemik COVID-19.

Projek bersepadu itu yang terletak di tanah pegangan bebas seluas 1.69 hektar (4.18 ekar) di kawasan Jalan Chan Sow Lin mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion.

Ia dijangka siap pada suku kedua 2027.

Ketua Pegawai Eksekutif EcoFirst, Datuk Tiong Kwing Hee, berkata projek itu terdiri daripada dua menara dengan 47 tingkat dan sembilan unit runcit serta 1,700 unit pangsapuri servis dengan susun atur antara 650 kaki persegi dan 850 kaki persegi.

Harga bermula daripada RM503,000 dan ke atas atau RM725 setiap kaki persegi.

"Kami menerima sambutan yang baik untuk blok pertama 750 unit dengan tempahan untuk kira-kira 600 unit setakat ini," katanya kepada pemberita pada pelancaran KL48.

Beliau berkata, syarikat menyasarkan untuk menjual lebih 90 peratus daripadanya pada akhir tahun ini berikutan harganya 'dianggap murah' jika dibandingkan dengan projek lain yang dijual untuk kira-kira RM900 setiap kaki persegi.

Mengenai saiz simpanan tanahnya, Kwing Hee berkata syarikat mempunyai 30.35 hektar (75 ekar) di Ampang Ulu Kelang dengan GDV sebanyak RM10 bilion dalam tempoh pembangunan 20 tahun dan 2.02 hektar (5.0 ekar) lagi di Shah Alam untuk projek kediaman.

Beliau juga berkata, syarikat merancang untuk membeli lebih banyak tanah, terutamanya di Lembah Klang.

Secara keseluruhannya, beliau positif mengenai prospek syarikat pada tahun ini berdasarkan respons positif daripada projek itu dan yakin ia akan menjana keuntungan yang baik.

Pada majlis itu baru-baru ini, Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan AmBank Group, Christopher Yap berkata, AmBank Retail Banking turut menyediakan pembiayaan akhir untuk projek itu selain pembiayaan pembangunannya.

"AmBank juga sedang mengkaji untuk mengembangkan kemudahannya kepada rakan kongsi perniagaan EcoFirst termasuk kontraktor dan pembekal mereka," katanya.

KL48 terletak dalam persekitaran KLCC, Tun Razak Exchange dan Kelab Golf Diraja Selangor.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Kempen 'Signature Series' Sunway catat tempahan RM1.1 bilion

  • IOI Properties buys Tropicana Gardens Mall for RM680mil

  • Setia推Carabella 摩洛哥风住宅

  • 吉隆坡办公楼空置率领跑亚太

  • Di tengah kesibukan bandar raya, penduduk lawan pemaju intai 'lubuk emas' di Kampung Baru