News & Articles Hap Seng jual semua saham dalam Richmore pada harga RM51 juta

Hap Seng jual semua saham dalam Richmore pada harga RM51 juta


13 Jul 2023
Hap Seng jual semua saham dalam Richmore pada harga RM51 juta
KUALA LUMPUR: Hap Seng Consolidated Bhd (HSCB) mencadangkan pelupusan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Richmore Development Sdn Bhd kepada Gek Poh (Holdings) Sdn Bhd pada harga RM51 juta.

Saham-saham itu kini dimiliki oleh Hap Seng Hospitality Sdn Bhd (HS Hospitality) dan Hap Seng Land Development Sdn Bhd (HSLD), kedua-duanya anak syarikat milik penuh tidak langsung HSCB, kata konglomerat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

HSCB juga berkata, HS Hospitality dan HSLD telah menandatangani perjanjian jualan saham dengan Gek Poh untuk pelupusan yang dicadangkan dan apabila selesai, Richmore akan menjadi anak syarikat milik penuh syarikat itu.

"Sehubungan itu, liabiliti Richmore berjumlah RM212.5 juta akan dinyahsatukan daripada HSCB Group dan Gek Poh akan menjadi penjamin baharu Richmore untuk pinjaman bank," katanya.,

HSCB juga berkata pelupusan itu akan memperkemas dan mengimbangi gabungan portfolio kumpulan di antara pembangunan hartanah dan pelaburan hartanah.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

  • Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Returns with Over 1,200 Property, Auto & Art Auction Opportunities

  • SD Guthrie and Sime Darby Property Advance Strategic Industrial Corridor into Next Phase

  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga