News & Articles The JALIL, kota masa depan

The JALIL, kota masa depan


14 Aug 2023
The JALIL, kota masa depan
THE JALIL merupakan pembangunan berkepadatan rendah kediaman sepenuhnya yang terletak di tapak seluas 4.1 ekar di Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor.

Dengan hanya 437 unit iaitu kira-kira 100 unit kediaman seekar, ia adalah salah satu pembangunan berkepadatan terendah di sekitarnya yang mampu menjamin privasi dan ketenangan anda.

Kediaman ini dilengkapi susun atur dua bilik tidur utama dengan konsep dwi-kunci yang semakin popular sejak akhir-akhir ini.

Bagi unit Jenis A dan B, ia dilengkapi dengan satu studio suite dan 2+1 bilik tidur serta dua atau tiga bilik air manakala Jenis C mempunyai dua bilik tidur dan dua bilik air.

Unit ini mempunyai keluasan dari 751 kaki persegi sehingga 1,070 kaki persegi dengan tawaran harga bermula dari RM403,750.

Penghuni The JALIL juga boleh menikmati sehingga 68 kemudahan yang disediakan di ruang rumah kelab empat tingkat seluas 100,000 kaki persegi termasuk kolam renang infiniti, dek parti dan spa.

Bagi yang gemarkan kelainan, projek ini turut menyediakan tapak perkhemahan bagi memberi peluang kepada seisi keluarga mahupun rakan-rakan berkumpul sambil menikmati suasana malam yang indah di luar rumah.

Pengalaman berkemah sudah tentu amat menarik kerana projek ini terletak di atas tanah tinggi dan dikelilingi oleh hartanah bertingkat rendah memberikan pemandangan tanpa sekatan yang sangat baik ke semua arah.

Berjiran dengan Bukit Jalil, penghuni The JALIL boleh menikmati gaya hidup Bukit Jalil, kemudahan serta infrastruktur yang lengkap, dan hanya tiga kilometer (km) ke Pavilion Bukit Jalil yang pastinya menjadi destinasi beli-belah anda.

Kejiranan Puncak Jalil juga serba lengkap di mana semua aspek Live-Work-Play-Eat-Shop boleh didapati dalam radius tiga hingga lima km.

Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar, usah bimbang kerana pembangunan ini terletak berhampiran dengan 18 institusi pendidikan terdiri daripada dua sekolah jenis kebangsaan Cina, lima sekolah kebangsaan, lima sekolah antarabangsa dan enam universiti.

Untuk yang gemarkan aktiĀ­viti riadah, terdapat enam pusat tarikan rekreasi terdiri daripada tiga padang golf dan tiga taman rekreasi.

Lokasinya juga amat strategik dan berdekatan 13 lebuh raya dan berada di tengah-tengah Bukit Jalil, Kinrara dan Seri Kembangan.

Source: utusan.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia