News & Articles Zon kewangan khas bakal hidupkan semula Forest City

Zon kewangan khas bakal hidupkan semula Forest City


29 Aug 2023
Zon kewangan khas bakal hidupkan semula Forest City
Kuala Lumpur: Pengumuman mengenai Forest City sebagai zon kewangan khas akan membantu menghidupkan semula perbandaran itu yang menerima publisiti negatif sepanjang beberapa tahun lalu.

Penganalisis RHB Investment Bank, Loong Kok Wen berkata, dengan lokasi yang bersebelahan pintu gerbang wilayah selatan Malaysia, zon kewangan khas ini bertujuan menarik syarikat-syarikat korporat yang berdepan kos operasi tinggi di Singapura, dan pada masa sama, penduduk yang mengalami kos perumahan dan pendidikan yang mahal di Singapura.

"Meskipun butiran masih kurang jelas, insentif baharu ini seharusnya akan menggalakkan lebih banyak kegiatan perniagaan di kawasan berdekatan Laluan Kedua," katanya dalam satu nota penyelidikan, semalam.


Status kawasan pembangunan berkeluasan lebih 2832.79 hektar itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu bagi meningkatkan pelaburan asing sekali gus merancakkan pembangunan ekonomi kawasan terbabit.

Zon khas berkenaan diwujudkan berikutan keistimewaan Johor yang berjiran dengan Singapura di samping infrastruktur lengkap yang ada di Forest City.

Mengulas lanjut, Kok Wen berkata, pemaju yang mempunyai projek berhampiran dengan Forest City juga patut mendapat manfaat daripada kegiatan komersial dan kemasukan populasi lebih tinggi apabila lebih banyak peluang pekerjaan dicipta di perbandaran itu pada masa akan datang, bergantung kepada tahap kesan limpahan.

Katanya, pemilik tanah utama berhampiran dengan Forest City ialah UEM Sunrise (Gerbang Nusajaya 2,419 ekar), Sunway (Sunway Iskandar, 1,602 ekar) dan S P Setia (Tanjung Kupang, 307 ekar).

"Kami percaya pemain industri menantikan pengumuman zon kewangan khas ini, kerana ia patut meliputi sektor perindustrian dan ekonomi baharu tertentu (seperti pusat data dan tenaga boleh baharu)," katanya.

Source: hmetro.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia