News & Articles Kempen MAD rai ulang tahun ke-40 IJM Land

Kempen MAD rai ulang tahun ke-40 IJM Land


15 Sep 2023
Kempen MAD rai ulang tahun ke-40 IJM Land
KUALA LUMPUR: Sejak penubuhannya pada 1983, IJM Corp terus kekal sebagai sebuah organisasi terkemuka dalam pelbagai sektor, termasuk pembinaan, industri berat, tol dan infrastruktur pelabuhan.

IJM Land, anak syarikat IJM Corp yang ditubuhkan pada 1989, berjaya memberikan impak yang signifikan dalam pembangunan hartanah.

Sebagai pencapaian baharu dalam perjalanan ini, IJM Land memperkenalkan Kempen 'Make A Difference' (MAD), memperkasakan dedikasi syarikat terhadap kemampanan dan penglibatan komuniti.

Inisiatif ini sejajar dengan sambutan ulang tahun ke-40 IJM Corp.

Ia menggariskan peranan penting IJM Land sebagai pemain utama dalam kumpulan organisasi dengan menonjolkan visi bersama terhadap masa depan yang lebih bertanggungjawab.

IJM Land dikenali sebagai pemain utama yang mendominasi pelbagai projek residensi yang memenangi pelbagai anugerah, perbandaran bersepadu yang membangun sebagai hab perdagangan yang berkembang maju, menampilkan pembangunan bandar yang berkembang pesat dan juga merancakkan peruncitan tempatan.

Pendekatan inovatif IJM Land terhadap pembangunan hartanah dilaksanakan dengan perancangan bandar yang komprehensif dan menitikberatkan amalan lestari.

Sepanjang empat dekad, IJM Land memainkan peranan penting dalam membantu memacu pertumbuhan Kumpulan IJM Corp dan usaha ini mewujudkan imej yang diiktiraf di dalam industri.

Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land, Datuk Wong Tuck Wai, berkata kempen MAD dilaksanakan sebagai tonggak terbaharu dalam pelaksanaan transformasi dan penyampaian.

"Objektif utama kami adalah untuk membina persekitaran mampan yang diterapkan dengan elemen positif yang akan meningkatkan komuniti secara umum dan kehidupan secara khusus. Inisiatif ini adalah permulaan babak baharu yang memberangsangkan," katanya dalam satu kenyataan.

Kempen MAD bergerak seiring dengan falsafah asas IJM Land dalam menjalani transformasi yang mendalam.

Inisiatif 'Katakan Ya kepada 4R' merangkumi objektif yang lebih luas untuk mengurangkan, memperbaiki, menggunakan semula dan mengitar semula, satu seruan untuk bertindak di setiap peringkat projek dan perbandaran.

IJM Land menegaskan komitmennya terhadap kelestarian dengan mengadakan program yang mementingkan alam sekitar dan menjalin kerjasama merentasi pelbagai wilayah.

Anjakan strategi ini berubah selari dengan landskap hartanah yang berkembang ke wilayah yang masih belum diterokai yang mempunyai ciri-ciri infrastruktur yang mantap sekali gus membentuk semula paradigma industri.

Matlamat utama pelaksanaan kempen ini adalah untuk mengumpulkan lebih dari 40,000 kilogram bahan kitar semula.

Pada masa sama, kempen ini mendorong seluruh komuniti IJM Land untuk menjalani gaya hidup sihat dengan berjalan untuk membantu pengurangan jejak karbon.

Membuatkan program ini lebih menarik ialah setiap seorang daripada 4,000 individu pertama yang melangkah sebanyak 10,000 langkah yang menyumbang kepada pencapaian 40 juta langkah secara kolektif dalam tempoh seminggu akan diberikan ganjaran.

Sempena ulang tahun IJM Corp, IJM Land mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan pelanggannya melalui tawaran pakej promosi eksklusif yang melibatkan lebih 20 projek berprestij seperti IJM Rimbayu, Seremban 2, Pantai Sentral Park, Bandar Alam Suria, The Light Waterfront, Riana Dutamas merangkumi Lembah Klang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, dan Sarawak.

Sepanjang tempoh kempen dari 15 September hingga 31 Disember, promosi penjimatan ini dirancang dengan teliti untuk mengembalikan jumlah terkumpul RM40 juta kepada pemilik rumah IJM Land.

Pada masa yang sama, pelanggan juga ditawarkan empat faedah tambahan tanpa membabitkan sebarang komitmen kewangan, bergantung kepada terma dan syarat yang ditetapkan dalam bidang kuasa projek IJM Land masing-masing.

Selain itu, bagi mereka yang mendaftar dalam Program Keutamaan IJM Land sepanjang tempoh kempen akan menikmati tambahan rebat tunai sebanyak 0.25 peratus untuk pembelian hartanah pada masa akan datang.

Faedah tambahan ini melengkapkan peratusan sedia ada yang sepadan dengan keahlian Platinum, Emas atau Perak.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia