News & Articles Kediaman TRiARA Residences dapat sambutan luar biasa

Kediaman TRiARA Residences dapat sambutan luar biasa


20 Oct 2023
Kediaman TRiARA Residences dapat sambutan luar biasa
PETALING JAYA: TRiARA Residences, pembangunan kediaman bertingkat tinggi yang terakhir di perbandaran terkemuka Ara Damansara oleh Sime Darby Property mendapat sambutan luar biasa.

Pembeli rumah merebut peluang untuk memiliki kediaman di Ara Damansara dengan 216 daripada 304 unit ditempah sewaktu pelancaran rasmi Fasa 1, bersamaan dengan RM225.9 juta jumlah tempahan.

Pembangunan mesra alam TRiARA Residences menawarkan sebanyak 450 unit yang akan diperkenalkan dalam dua fasa dengan saiz daripada 1,216 kaki persegi hingga 1,808 kaki persegi, serta harga permulaan daripada

RM850,000.

Projek ini merangkumi tiga blok di atas tanah seluas 5.6 ekar dan menawarkan unit-unit yang moden dan bersesuaian untuk penduduk pelbagai generasi.

Dikelilingi kawasan landskap yang indah, projek ini dijangka siap menjelang 2028.

Pegawai Pemasaran dan Jualan Sime Darby Property, Datuk Lai Shu Wei, berkata prestasi cemerlang TRiARA Residences menggambarkan pemahaman mendalam syarikat terhadap pasaran perumahan, serta keupayaannya untuk menawarkan rumah dengan reka betuk praktikal untuk semua peringkat umur, di lokasi yang ideal dan pada harga yang kompetitif.

"Pembeli dan pemilik rumah masa kini berpendapat kukuh mengenai rumah. Sime Darby Property berjaya memahami pasaran hartanah yang kian berkembang dan secara konsisten telah memberikan pelanggan keyakinan termasuk fleksibiliti dalam perancangan ruang untuk disesuaikan dengan pelbagai gaya hidup.

"Reka bentuk utama TRiARA Residences, digandingkan dengan reka bentuk mampan, menjadikannya rumah idaman yang ideal," katanya dalam satu kenyataan.

Daya tarikan TRiARA Residences terletak pada konsep kehidupan mesra alam yang menampilkan kehijauan, taman kerja bersama, tempat letak kenderaan eletrik (EV) dan 'bioswales; untuk pengurusan air ribut.

Pembangunan ini menitikberatkan aspek keselamatan dengan kawalan 24 jam dan tempat turun peribadi untuk setiap blok.

TRiARA Residences memperoleh Sijil GreenRE Gold Rating (Provisional), membolehkan pembeli mendapat akses kepada pembiayaan hijau ditawarkan oleh pelbagai bank pada kadar yang kompetitif.

Terletak secara strategik berhampiran lebuh raya dan kemudahan utama termasuk CITTA Mall, Paradigm Mall, Ara Damansara Medical Centre dan Lotus's Hypermarket, TRiARA Residences menawarkan akses kepada tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan serta stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ara Damansara dan Lembah Subang.

Projek itu juga berdekatan dengan lapangan terbang Subang Skypark.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Sunsuria buys 20% stake in Kg Sungai Baru developer for RM10 mil, to inject RM40 mil to kick-start development

  • Projek Sunway Bayu catat jualan RM42 juta dalam masa sehari

  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline