News & Articles Mah Sing bangunkan projek M Azura di Setapak, GDV RM50 juta

Mah Sing bangunkan projek M Azura di Setapak, GDV RM50 juta


12 Dec 2023
Mah Sing bangunkan projek M Azura di Setapak, GDV RM50 juta
KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Bhd akan membangunkan M Azura, pembangunan berorientasikan transit di tanah seluas 1.62 hektar di Setapak, Kuala Lumpur dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM508 juta.

Pemaju hartanah itu, menerusi anak syarikat milik penuhnya Jastamax Sdn Bhd, telah mencadangkan untuk mengambil alih tanah daripada Tekun Juara Sdn Bhd pada harga RM74.3 juta untuk membangunkan kediaman yang akan berharga daripada RM396,800 seunit.

"Kami telah menubuhkan dan mengukuhkan kehadiran jenama kami di Setapak melalui penerimaan yang positif melalui kejayaan projek M Astra dan M Adora. Projek terbaru kami iaitu M Astra telah dijual sepenuhnya dalam tempoh setahun, mencerminkan selera dan kepercayaan pembeli terhadap jenama Mah Sing.

"Bagi perkembangan akan datang ini iaitu M Azura, ia menandakan usaha ketiga kami dalam bidang ini. Dengan memanfaatkan limpahan permintaan daripada kedua-dua projek sebelum ini, kami percaya M Azura akan mendapat sambutan dalam kalangan pembeli rumah kali pertama dan mereka yang ingin menaik taraf di kawasan kejiranan," kata Pengasas Mah Sing dan Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri Leong Hoy Kum dalam satu kenyataan.

Terletak berhampiran cadangan Stesen Mass Rapid Transit 3 (MRT3) Rejang, LRT Sri Rampai dan LRT Wangsa Maju, M Azura adalah pembangunan ketiga kumpulan itu di Setapak selepas M Astra dan M Adora, yang kedua-duanya habis dijual sepenuhnya. – Bernama

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • February Auction Carnival 2025: Bigger, Bolder, and Better Deals Than Ever!

  • Nilai transaksi hartanah naik mendadak kepada RM217.46 bilion tahun lalu

  • Compugates to jointly develop Cyberjaya land into RM1.36 bil GDV project

  • Mall operators put their faith in fresh strategies

  • Pasaran pejabat catat pertumbuhan, fokus kepada ruang premium, ESG