News & Articles Menara Merdeka 118 dijangka lancar Januari

Menara Merdeka 118 dijangka lancar Januari


26 Dec 2023
Menara Merdeka 118 dijangka lancar Januari
Kuala Lumpur: Menara Merdeka 118 yang kini sudah siap sepenuhnya dijangka dilancarkan secara rasmi pada Januari 2024 dengan pemindahan operasi Permodalan Nasional Bhd (PNB) dilaksanakan secara berperingkat bermula bulan ini.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, kumpulan pertama yang akan berpindah ke menara itu dijangka dilaksanakan dalam tempoh terdekat selepas mendapat kelulusan akhir.

Katanya, kadar penghunian sangat memberangsangkan dengan penyewa utama, Maybank dijangka berpindah pada 2025.

"Menara sudah siap. Kumpulan pertama akan berpindah masuk sebelum akhir tahun ini. Dek pemerhatian akan dibuka pada separuh kedua 2024.

"Stadium Merdeka pula sedia pada pertengahan tahun depan," katanya pada taklimat bersama pengarang media.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan terkini pembinaan Menara 118 yang dimiliki PNB menerusi anak syarikat milik penuhnya, PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd.

Menara yang mempunyai 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu juga dinobatkan sebagai menara kedua paling tinggi di dunia selepas Burj Khalifa, Dubai setinggi 828 meter.

Nilai pembangunan kasar (GDV) PNB 118 berjumlah lebih RM3.5 bilion dan dijangka memberi kesan positif pada negara dari aktiviti komersial sehingga pelancongan.

Sebelum ini, kedudukan menara kedua tertinggi itu dipegang Shanghai Tower pada ketinggian 632 meter.

Menara Merdeka 118 mempunyai 3.1 juta kaki persegi ruang lantai dan dek pemerhatian tertinggi di Asia Tenggara, setinggi 500 meter.

Penyewa utama lain ialah hotel Park Hyatt bertaraf lima bintang, menduduki 17 tingkat (dari aras 100 hingga 117) dengan 252 bilik.

Source: hmetro.com.my

Latest Posts
  • Sunsuria buys 20% stake in Kg Sungai Baru developer for RM10 mil, to inject RM40 mil to kick-start development

  • Projek Sunway Bayu catat jualan RM42 juta dalam masa sehari

  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline