News & Articles Sime Darby Property Raih Penarafan AA+ Untuk Kali Ketiga

Sime Darby Property Raih Penarafan AA+ Untuk Kali Ketiga


28 Dec 2023
Sime Darby Property Raih Penarafan AA+ Untuk Kali Ketiga
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Program Sukuk Mushakarah Sime Darby Property Bhd (SDP) meraih penarafan AA+ dengan unjuran stabil oleh MARC Ratings Bhd yang juga pencapaian bagi tahun ketiga berturut-turut
Dalam kenyataannya, pemaju hartanah itu berkata sukuk di bawah program berkenaan adalah bernilai RM1.4 bilion setakat 30 Nov, 2023.

"MARC Ratings mengambil kira rekod jualan SDP yang kukuh dalam pembangunan perbandaran serba maju, lembaran imbangan mantap dan dengan ciri hutang rendah sebagai pemacu utama penarafan itu.

"Faktor penyumbang lain bagi penarafan itu termasuk kadar pengambilan keseluruhan projek yang dilancarkan dalam tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2023 dengan gabungan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM3.2 bilion dan kadar pengambilan 75 peratus setakat 5 Nov , 2023, terutamanya melibatkan perbandaran sedia ada kumpulan yang telah matang" katanya.

Malah, bersandarkan jualan belum dimasuk kira sebanyak RM3.7 bilion setakat akhir Sept 2023, kumpulan itu dilihat mempunyai pendapatan kukuh bagi tempoh sehingga 2026.

"Agensi penarafan itu berkata dengan mengambil kira saiz projeknya, inventori SDP yang telah siap adalah sederhana pada RM433.1 juta bagi akhir tempoh sembilan pertama tahun kewangan 2023," katanya.

Selain itu, SDP berkata MARC Ratings juga maklum dengan strategi SDP untuk beralih daripada pemaju hartanah tulen kepada penggiat hartanah mampan menerusi kedudukan lebih ketara dalam pembangunan hartanah, pelaburan dan pengurusan aset.

"Kumpulan itu menumpukan usaha membangunkan segmen perindustrian dan logistiknya menjadi sebahagian daripada pempelbagaian produk, termasuk hartanah berkonsepkan bina-untuk-sewa bagi mengukuhkan lagi aliran sumber pendapatan yang berulang.

"Ini jelas dipaparkan menerusi pelancaran industri kumpulan bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2023 dengan gabungan GDV sebanyak RM675.6 juta yang mencapai kadar pengambilan purata 86 peratus setakat 5 Nov, 2023," katanya.

SDP berkata dengan pegangan tanah simpanan seluas kira-kira 5,520 hektar, MARC Ratings juga melihat kumpulan itu berpotensi kukuh untuk melaksanakan pembangunan perbandaran dan perindustrian bagi peringkat selanjutnya. -- BERNAMA

Source: www.bernama.com

Latest Posts
  • Sunsuria buys 20% stake in Kg Sungai Baru developer for RM10 mil, to inject RM40 mil to kick-start development

  • Projek Sunway Bayu catat jualan RM42 juta dalam masa sehari

  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline