News & Articles Matrix Concepts lancar Levia Residence di Pandan Perdana

Matrix Concepts lancar Levia Residence di Pandan Perdana


23 Jan 2024
Matrix Concepts lancar Levia Residence di Pandan Perdana
KUALA LUMPUR: Matrix Concepts Holdings Bhd melancarkan projek terbaharunya, Levia Residence di Pandan Perdana, Cheras yang menyerlahkan komitmen pemaju itu terhadap kecemerlangan dalam hartanah.

Levia Residence terdiri daripada dua menara pangsapuri 36 tingkat dan 389 unit setiap menara.

Ketua Pegawai Eksekutif Matrix Concepts, Chai Keng Wai, berkata bagi menara pertama yang dilancarkan pada Oktober 2023, sebanyak 75 peratus telah digunakan dan semua unit Jenis A dijual sepenuhnya, berharga daripada kira-kira RM300,000.

Manakala, untuk Jenis B, C dan D menara pertama masih boleh didapati dengan harga bermula daripada RM684,000 dengan jangkaan kedua-dua menara itu siap pada suku ketiga 2027.

Keng Wai berkata, menara kedua Levia Residence akan dibuka untuk jualan kemudian dengan saiz binaan unit sama dengan menara pertama, tetapi harganya akan lebih tinggi sedikit.

"Pembangunan itu akan menawarkan 25 kemudahan termasuk taman, dapur ladang, kolam infiniti 35 meter, jakuzi, ruang istirahat, taman permainan kanak-kanak dan gimnasium.

"Penduduk juga akan dibekalkan dengan sistem keselamatan yang dipertingkatkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) berkuasa literasi kecerdasan buatan (AI) pintar, kiosk layan diri digital, simulator golf, stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) serta akses pengecaman muka dan iris pintar ke lobi lif," katanya pada majlis perasmian galeri jualan Levia Residence di sini, hari ini.

Keng Wai berkata, pembangunan itu terletak berdekatan dengan stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Pertama dan Taman Midah, sebahagian daripada laluan MRT Kajang.

Katanya, terdapat juga dua stesen MRT yang akan datang berdekatan, iaitu stesen MRT Taman Cheras dan Taman Kencana, yang merupakan sebahagian daripada laluan MRT3.

"Levia Residence juga boleh diakses melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2, Lebuhraya Hubungan Timur-Barat, Lebuhraya Kajang-Seremban dan Lebuhraya Sungai Besi," katanya.

Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts, Datuk Seri Lee Tian Hock, pula berkata, pihaknya yakin mencapai sasaran jualan RM1.3 bilion tahun ini.

"Kami yakin hasil sasaran jualan pada tahun ini akan dapat dicapai dengan sasaran jualan Matrix Concepts tahun lalu adalah sebanyak RM1.2 bilion," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Matrix Concepts, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin mendedahkan bahawa pemaju perumahan itu mempunyai beberapa projek yang dirancang untuk 2024.

"Kami memperoleh 5.59 kaki persegi tanah di Selangor, yang telah diluluskan untuk pembangunan kediaman.

"Pemaju sedang bersiap sedia untuk projek ketiga di Lembah Klang di mana Matrix Concepts merancang untuk melancarkan dua menara pangsapuri 42 tingkat yang terdiri daripada 510 unit di Damansara Perdana menjelang akhir tahun ini," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Sunsuria buys 20% stake in Kg Sungai Baru developer for RM10 mil, to inject RM40 mil to kick-start development

  • Projek Sunway Bayu catat jualan RM42 juta dalam masa sehari

  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline