News & Articles Sime Darby Property bakal bina rumah mampu milik

Sime Darby Property bakal bina rumah mampu milik


26 Jan 2024
Sime Darby Property bakal bina rumah mampu milik
KUALA LUMPUR: Sime Darby Property Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Seed Homes Sdn Bhd, semalam menandatangani perjanjian pemegang saham dengan Lagenda Properties Bhd untuk menubuhkan Seed Homes Lagenda.

Penubuhan Seed Homes Lagenda adalah sebagai usaha sama untuk membangunkan rumah mampu milik dan merupakan portfolio terbaharu Sime Darby Property yang bertujuan untuk menyampaikan penyelesaian inovatif dalam segmen rumah mampu milik.

Usaha sama ini akan memanfaatkan rekod prestasi Sime Darby Property selama lebih 50 tahun dengan simpanan tanah yang luas dan strategik serta kepakaran Lagenda Properties dalam membangunkan perbandaran mampu milik yang mampan.

Kerjasama ini dijangka akan menyokong pasaran rumah mampu milik yang semakin berkembang di Malaysia dan seterusnya menggalakkan pemilikan rumah.

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican, berkata Seed Homes Lagenda akan memulakan projek perbandaran mampu miliknya yang pertama di Gurun, Kedah menerusi perolehan tanah seluas 249 ekar daripada Sime Darby Property.

Beliau berkata, ia dijangka akan membangunkan lebih 3,000 rumah mampu milik di mana pembangunan ini memanfaatkan lokasi strategik dan kesan limpahan daripada potensi pertumbuhan perindustrian di Gurun.

"Kami amat berbesar hati untuk membentuk syarikat usaha sama (JV) dengan Lagenda Properties iaitu usaha pertama Sime Darby Property dalam sektor perbandaran mampu milik.

"Kerjasama ini akan membolehkan pembangunan rumah mampu milik secara komersial serta memberikan akses yang lebih baik kepada pemilikan rumah bagi semua pelanggan," katanya dalam satu kenyataan.

Azmir berkata, usaha sama ini membuktikan komitmen mereka untuk menyediakan rumah mampu milik, dan bekerjasama dengan pihak-pihak yang boleh memberikan nilai tambahan kepada saranan, berpandukan matlamat syarikat sebagai pengganda nilai kepada masyarakat, perniagaan dan ekonomi.

Pengarah Urusan Lagenda Properties, Datuk Jimmy Doh pula menyatakan keterujaan beliau terhadap usaha sama itu yang memanfaatkan kepakaran kedua-dua syarikat untuk menyampaikan standard baharu dalam perumahan mampu milik.

"Dengan rekod prestasi yang cemerlang termasuk penyiapan lebih 10,000 rumah mampu milik, Lagenda Properties telah menunjukkan keupayaan yang tinggi selaras dengan minat dan keperluan pasaran.

"Kepakaran membolehkan kami membangunkan perbandaran mampu milik dengan harga yang berpatutan di mana ini terbukti dapat diperbaiko menerusi penambahbaikan berterusan merentas pelbagai projek.

"Ia juga merupakan kemahiran berharga yang kami tampilkan dengan Seed Homes Lagenda dan bersama dengan Sime Darby Property, kami beraspirasi untuk meningkatkan impak serta meluaskan pengaruh untuk menyampaikan rumah mampu milik ke spektrum rakyat Malaysia yang lebih luas," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Sunsuria buys 20% stake in Kg Sungai Baru developer for RM10 mil, to inject RM40 mil to kick-start development

  • Projek Sunway Bayu catat jualan RM42 juta dalam masa sehari

  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline