Seni bina, evolusi teknologi rumah mewah
SABAN tahun, rumah mewah di Malaysia dilihat berevolusi dengan penambahan ciri rumah pintar seperti kawalan sistem automasi untuk pencahayaan ruangan rumah, keselamatan pemilik kediaman, dan juga pelbagai kawalan pintar hanya di hujung jari.
Dari rumah konvensional sehinggalah kediaman mewah, rata-rata syarikat pemaju di Malaysia dilihat menggabungkan inovasi teknologi pintar dan kemewahan dalam seni binanya.
Ditambah pula dengan hiasan landskap, ia mencantikkan persekitaran luaran kediaman yang mengekspresikan gaya hidup pemilik rumah.
Bagaimanapun, kebanyakan pemilik rumah pada hari ini bukan sahaja ingin memiliki kediaman yang selesa dan mewah, tetapi menginginkan sebuah kediaman dengan kejiranan yang mampan.
Evolusi rumah mewah di Malaysia dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk pertumbuhan ekonomi, perubahan pilihan pengguna, perubahan arus seni bina, dan kemajuan terkini dalam teknologi.
Sebelum ini, rumah mewah di Malaysia banyak mencerminkan gaya seni bina tradisional yang menggabungkan unsur daripada pengaruh bangsa seperti Melayu, Cina, India dan kolonial.
Seiring kemajuan negara dan teknologi, gaya seni bina moden kini semakin popular.
Kebanyakan rumah mewah kontemporari pada masa ini menampilkan reka bentuk anggun, gaya minimalis dan ruang dalaman yang terbuka.
Gaya terkini global dalam reka bentuk rumah mewah juga mempengaruhi seni bina Malaysia apabila sesetengah pemilik mencari inspirasi daripada gaya seni bina antarabangsa dan memadankan dengan hiasan dalaman rumah mereka.
Kemajuan dalam teknologi juga membolehkan rumah mewah di Malaysia menyepadukan ciri rumah pintar seperti sistem automasi rumah untuk mengawal sistem operasi rumah seperti barangan elektrik, keselamatan dan juga hiburan dengan hanya menggunakan aplikasi di telefon pintar.
Fungsi canggih yang mampan dan cekap serta menggabungkan teknologi bangunan hijau seperti ini menerima banyak permintaan bagi mengurangkan kesan jangka masa panjang kepada alam sekitar.
Kesedaran terhadap kediaman yang mempunyai privasi juga meningkat yang membawa kepada pembangunan kediaman mewah dalam kejiranan yang lebih eksklusif.
Justeru, kepentingan keselamatan menjadi keutamaan dengan penggunaan sistem keselamatan tercanggih, komuniti berpagar dan pengawasan 24 jam.
Jika dahulu, kebanyakan pemilik rumah tidak mempunyai banyak keterbukaan dalam pemilihan susun atur serta gaya rumah kediaman.
Kini, reka bentuk dan pelbagai pilihan gaya dan konsep boleh diaplikasikan bagi merealisasikan susun atur yang unik.
Malah, hiasan dalaman juga boleh disesuaikan dengan corak gaya hidup pemilik rumah.
Bukan itu saja, kebanyakan reka bentuk dalaman rumah mewah di Malaysia masa kini dilengkapi dengan ruang yang lebih menepati gaya hidup moden, seperti ruang teater, gim persendirian, kolam renang, kemudahan spa dan sistem keselamatan paling canggih.
Kecapi nikmat sebenar mendiami banglo eksklusif atas bukit dengan memiliki kediaman ViO Banj'ran yang dibangunkan oleh syarikat pemaju hartanah terkemuka, IJM Land.
Terletak di Seremban 2, ViO Banj'ran menawarkan pemandangan penuh hijau sepanjang pemanduan dengan ketinggian 146 meter dari paras laut ketika pulang ke kediaman eksklusif.
Ia dibina di atas kawasan tinggi bagi memberi keseimbangan sempurna antara ketenangan alam semula jadi yang indah dan kehidupan moden.
Dengan kemasan halus dan perincian yang teliti di setiap sudut, ViO Banj'ran menawarkan susun atur sempurna bagi meningkatkan kehidupan mewah ke tahap lebih tinggi.
ViO Banj'ran menggabungkan alam semula jadi dan ciri rumah mewah seperti konsep tanpa pagar yang mengalu-alukan kepulangan penghuni ke kawasan kediaman mereka.
Selain itu, ia juga menawarkan kawasan teres luar yang luas supaya penghuni dapat menikmati pemandangan indah panoramik di sekeliling rumah.
ViO Banj'ran dilengkapi dengan kemasan premium seiring dengan kemajuan teknologi, di samping mengekalkan persekitaran penuh hijau yang mampan bagi menggalakkan gaya hidup sihat.
Hanya mampunyai 40 unit kediaman eksklusif, miliki dan jalani kehidupan mewah di ViO Banj'ran hari ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai ViO Banj'ran, layari laman web IJM Land.
Source: Bharian.com.my