News & Articles UEM Sunrise tawar pinjaman tambahan ubah suai rumah

UEM Sunrise tawar pinjaman tambahan ubah suai rumah


7 Feb 2024
UEM Sunrise tawar pinjaman tambahan ubah suai rumah
KUALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd bekerjasama dengan Alliance Bank Malaysia Bhd dalam program pembiayaan Alliance Home Complete, menawarkan pinjaman tambahan sehingga 10 peratus daripada nilai hartanah atau maksimum RM150,000.

UEM Sunrise dalam satu kenyataan berkata bahawa penyelesaian pembiayaan itu direka bagi memperkasakan pemilik rumah dalam menyesuaikan ruang kediaman mereka.

Ia adalah untuk pengubahsuaian dan reka bentuk dalaman bagi memastikan pemilik rumah kurang bimbang terhadap perbelanjaan tunai awal.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah, berkata perkongsian itu menawarkan alternatif di luar penyelesaian pembiayaan konvensional sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat.

Beliau berkata, ia adalah untuk memperkasakan pembeli rumah bukan sahaja dalam mengurangkan beban kewangan, tetapi menjadikan perjalanan pemilikan rumah mereka tanpa kerumitan dan menyeronokkan.

Katanya, objektif utama di UEM Sunrise adalah untuk mewujudkan rumah yang memenuhi pelbagai keperluan dan aspirasi pelanggan kami.

"Harapan kami adalah untuk bekerjasama secara kreatif dengan Alliance Bank untuk membantu pelanggan kami dengan rangsangan tambahan serta membantu mereka menetap di rumah impian mereka dengan lebih baik," katanya dalam satu kenyataan.

Sufian berkata, UEM Sunrise optimis mengenai program itu yang dijangka memacu kadar pengambilan yang lebih baik untuk projek penyertaan syarikat.

"Ini termasuk pelancaran utama 2023 di Lembah Klang seperti The MINH, The Connaught One dan Serene Heights Intrika, serta projek di Johor iaitu Taman Aspira, Aspira Parkhomes dan Senadi Hills 2A," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perbankan Pengguna Kumpulan Alliance Bank, Gan Pai Li, berkata dengan pembiayaan Alliance Home Complete, pemilik rumah boleh mendapatkan akses segera kepada dana dalam merealisasikan rumah impian mereka.

"Tawaran eksklusif ini digabungkan dengan produk gadai janji Alliance Bank, untuk memastikan pengalaman permohonan yang lebih lancar dan cekap untuk pembeli rumah.

"Lebih-lebih lagi, pelanggan kini boleh menikmati kadar faedah yang lebih rendah dengan kami apabila membeli hartanah yang diperakui persijilan hijau UEM Sunrise," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Sunsuria buys 20% stake in Kg Sungai Baru developer for RM10 mil, to inject RM40 mil to kick-start development

  • Projek Sunway Bayu catat jualan RM42 juta dalam masa sehari

  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline