News & Articles E&O SASAR JUALAN HARTANAH TAHUN KEWANGAN 2024 CECAH LEBIH RM700 JUTA

E&O SASAR JUALAN HARTANAH TAHUN KEWANGAN 2024 CECAH LEBIH RM700 JUTA


23 Feb 2024
E&O SASAR JUALAN HARTANAH TAHUN KEWANGAN 2024 CECAH LEBIH RM700 JUTA
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Eastern & Oriental Bhd (E&O) menyasarkan nilai jualan hartanahnya mencecah lebih RM700 juta bagi tahun kewangan berakhir31 Mac, 2024, didorong oleh sambutan memberangsangkan terhadap pelbagai projek sedia ada, terutama Pulau Andaman Fasa 1.

Pengarah Urusannya Kok Tuck Cheong berkata Fasa 1 Pulau Andaman juga terbukti mendapat sambutan positif menerusi prestasi jualan unit Arica yang meraihkadar pengambilan 95 peratus dalam tempoh 10 bulan pelancarannya selain kediaman bertanah yang baharu dilancarkan.

“Kami amat gembira kerana E&O meneruskan trajektori pertumbuhannya dan melangkaui sasaran jualan hartanah. Dalam bulan-bulan akan datang, kamimerancang untuk merekabentuk dan melancarkan tawaran produk khusus mengikut jangkaan pasaran.

“Projek akan datang kami misalnya merangkumi 261 unit kondominium mewah dengan kadar bilangan penduduk lebih rendah dan disasarkan untuk dilancarkanpada suku kedua 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media mengenai prestasi kewangan suku ketiga syarikat itu di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata usaha penambakan tanah bagi Fasa 2 Pulau Andaman berkeluasan 205.18 hektar, sedang berjalan lancar dan mengikut jadual.

“Kami gembira dengan prestasi semasa dan menjangkakan momentum ini akan berterusan sehingga ke suku berikutnya,” katanya.

Bagi suku ketiga berakhir 31 Dis, 2023, keuntungan bersih cukai E&O meningkat kepada RM34.44 juta daripada RM30.09 juta bagi tempoh sama setahunsebelumnya manakala hasil perolehan menokok 13.6 peratus kepada RM92.23 juta daripada RM81.20 juta sebelum ini.

Selain itu, bagi tempoh sembilan bulan pertama berakhir pada 31 Dis, 2023, keuntungan bersihnya melonjak kepada RM97.13 juta daripada RM28.45 juta dalamtempoh sama setahun sebelumnya manakala hasil bertambah kepada RM301.50 juta daripada RM252.77 juta.

Kok berkata peningkatan itu disumbangkan terutamanya oleh perolehan hasil lebih tinggi dalam tempoh di bawah kajian berbanding pulangan pertukaran asingbelum dimasuk kira sebanyak RM37.8 juta daripada kerugian pertukaran asing tidak dinyatakan sebanyak RM26.7 juta dalam tempoh kewangan sebelumnya.

Setakat tempoh suku ketiga, E&O mencatat jumlah jualan sebanyak RM604.6 juta dengan 66 peratus daripada projeknya di Pulau Pinang, 20 peratus dari LembahKlang dan baki 14 peratus disumbangkan oleh projek di Johor.

Jumlah jualan belum dimasuk kira setakat suku ketiga adalah RM1.18 bilion, merangkumi masing-masing 71 peratus daripada projek di Pulau Pinang, 26 peratus diLembah Klang dan baki 3.0 peratus di Johor.

Beliau juga menyifatkan projek E&O yang sedang dilaksanakan tidak terjejas akibat faktor penyusutan ringgit memandangkan projek berkenaan pada kontrak hargatetap yang ditandatangani oleh syarikat itu dengan bakal atau kontraktor utama.

-- BERNAMA

Source: bernama.com

Latest Posts
  • Tropicana introduces Skypark Kepler by Banyan Group

  • Rumah RM300,000 hingga RM500,000 paling banyak tak terjual

  • Sunsuria buys 20% stake in Kg Sungai Baru developer for RM10 mil, to inject RM40 mil to kick-start development

  • Projek Sunway Bayu catat jualan RM42 juta dalam masa sehari

  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah