News & Articles LBS Foundation bina dewan IPD Petaling Jaya

LBS Foundation bina dewan IPD Petaling Jaya


26 Feb 2024
LBS Foundation bina dewan IPD Petaling Jaya
Pembinaan Dewan itu adalah sebahagian daripada usaha memperkasakan kemudahan bagi anggota polis dan mempelbagaikan peluang untuk terbabit di dalam aktiviti bersama masyarakat setempat.

Dewan IPD Petaling Jaya yang diberi nama Dewan Jaya LBS, adalah inisiatif dan tajaan sepenuhnya oleh LBS Foundation.

Lembaga Pemegang Amanah LBS Foundation, Tan Sri Ir Dr Lim Hock San berkata, pembinaan Dewan Jaya LBS menzahirkan komitmen LBS Foundation di dalam memberi sumbangan berterusan kepada pembangunan komuniti dan sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Dewan Jaya LBS itu bakal digunakan sebagai sebuah dewan serba guna dan menyediakan ruang bagi aktiviti pasukan polis serta boleh diguna pakai untuk program latihan, acara-acara komuniti dan pelbagai acara rekreasi yang mampu menjalin ukhwah masyarakat setempat.

"Secara peribadi, usaha kami pada hari ini membawa makna peribadi dan mengingatkan saya kepada usaha yang dipelopori oleh mendiang ayah saya, Datuk Seri Lim Bock Seng di dalam menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

"Ia juga selaras dengan aspirasi LBS Foundation yang memberi fokus utama dan menyumbang semula kepada masyarakat melalui Pendidikan, Pembangunan Komuniti, Alam Sekitar dan Kesihatan," katanya dalam satu kenyatan hari ini selepas majis pecah tanah Dewan IPD Petaling Jaya di sini hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Hock San berkata, ia juga adalah salah satu usaha yang bakal memberi manfaat berterusan kepada komuniti pasukan polis dan masyarakat di Petaling Jaya secara amnya.

Beliau berkata, LBS Foundation akan terus komited dan menyokong sebarang usaha untuk memperkasakan pasukan barisan hadapan yang begitu banyak berjasa kepada negara dan masyarakat.

"Pembinaan Dewan ini juga diharap dapat menyuntik impak positif dan mempamerkan hubungan erat di antara pihak berkuasa dan masyarakat," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Tropicana introduces Skypark Kepler by Banyan Group

  • Rumah RM300,000 hingga RM500,000 paling banyak tak terjual

  • Sunsuria buys 20% stake in Kg Sungai Baru developer for RM10 mil, to inject RM40 mil to kick-start development

  • Projek Sunway Bayu catat jualan RM42 juta dalam masa sehari

  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah