News & Articles Juwai IQI bina taman teknologi di Kemboja dengan kerjasama MDEC

Juwai IQI bina taman teknologi di Kemboja dengan kerjasama MDEC


15 Mar 2024
Juwai IQI bina taman teknologi di Kemboja dengan kerjasama MDEC
KUALA LUMPUR: Juwai IQI Holdings, syarikat teknologi hartanah antarabangsa bakal membina taman teknologi berkeluasan 2,000 hektar di Kandal, Kemboja.

Pengarah Urusan Kumpulan Juwai IQI, Daniel Ho, berkata pengembangan operasi perniagaan teknologi hartanah di Kemboja akan dilaksanakan melalui peluang yang disediakan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Beliau berkata, ia akan menjadi pembangunan bertaraf dunia hanya 10 kilometer dari Phnom Penh dan dilengkapi infrastruktur terbaik termasuk dua jaringan lebuh raya.

Katanya, juga terletak berhampiran taman perindustrian sedia ada dengan beberapa jenama global sudah bertapak di situ seperti Uniqlo.


"Kumpulan ingin memanfaatkan permintaan sedia ada daripada syarikat yang mencari lokasi berhampiran pengeluar yang sudah berada di kawasan itu.

"Peringkat pertama taman teknologi tinggi baharu itu akan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) AS$300 juta merangkumi sehingga 100 hektar atau 1 kilometer persegi.

"Fasa seterusnya akan diperbesarkan kepada 2,000 hektar atau 20 kilometer persegi," katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Digital Government Forum Phnom Penh.

MoU disaksikan oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Juwai IQI adalah salah satu syarikat teknologi Malaysia yang bergerak di bawah program Pusat Kecemerlangan Pengasas (FOX) MDEC.

MDEC telah menyediakan platform Juwai IQI untuk bekerjasama dengan syarikat di rantau ini.

Ho berkata, kumpulan mempunyai matlamat mewujudkan ekosistem berteknologi tinggi yang mampan untuk syarikat berbilang negara berkembang maju dan dapat memanfaatkannya ke dalam pasaran ASEAN yang menguntungkan.

Beliau berkata, pihaknya berharap ia akan menjadi hab industri berkembang maju dalam tempoh lima tahun akan datang kepada pemain industri bernilai tinggi tempatan dan global.

Katanya, kumpulan juga akan menubuhkan hab pendidikan vokasional TVET bertaraf dunia untuk pekerja Kemboja supaya mereka boleh mempelajari kemahiran seiring dengan kehendak semasa.

"Untuk itu, kami mempunyai komitmen untuk mewujudkan perkongsian awam-swasta yang membawa bersama industri, pengawal selia dan pembuat dasar untuk memudahkan kejayaan perniagaan yang menduduki taman teknologi itu termasuk pekerja mereka.

"IQI dan syarikat induk kami, Juwai IQI juga akan membantu membawa penyewa pembuatan ke taman itu melalui platform kami.

"Pusat perkhidmatan ini yang memudahkan pelaburan rentas sempadan dan pembangunan untuk pelanggan korporat, terutamanya dari Malaysia, China dan global," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Tropicana introduces Skypark Kepler by Banyan Group

  • Rumah RM300,000 hingga RM500,000 paling banyak tak terjual

  • Sunsuria buys 20% stake in Kg Sungai Baru developer for RM10 mil, to inject RM40 mil to kick-start development

  • Projek Sunway Bayu catat jualan RM42 juta dalam masa sehari

  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah