News & Articles Sunway Property tawar hartanah baharu kempen Signature Series

Sunway Property tawar hartanah baharu kempen Signature Series


18 Mar 2024
Sunway Property tawar hartanah baharu kempen Signature Series
KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Sunway Property melancarkan kempen Signature Series tahunan untuk 2024 yang menawarkan pelancaran hartanah baharu dengan nilai pembangunan kasar (GDV) lebih RM2 bilion.

Ini adalah tahun ketiga kempen itu, yang akan berlangsung dari 18 Mac hingga 30 Jun di seluruh negara, berikutan kejayaan tahun lalu yang mencatatkan tempahan RM1 bilion.

Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran Sunway Property, Gerard Yuen berkata, kempen tahun ini akan menampilkan tawaran yang lebih besar dan lebih menarik, kerana pemaju itu juga meraikan peristiwa penting tahun ini iaitu ulang tahun ke-50 Sunway Group.

Katanya, pembeli rumah boleh menantikan empat rumah Signature Homes baharu yang akan dilancarkan di seluruh Lembah Klang, Johor, Ipoh dan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada kempen itu.

"Dengan jumlah GDV lebih daripada RM2 bilion, Signature Homes ini semuanya direka menggunakan SDDA (Sunway Design and Development Architecture), yang adalah falsafah reka bentuk tadbir urus Sunway Property untuk menyampaikan ciri-ciri kemampanan, inovasi, kesihatan dan kesejahteraan serta gaya hidup dan pengalaman paharu yang tiada tandingan kepada masyarakat dalam pembangunan kami.

"Pembeli rumah akan menerima tawaran eksklusif 'Experience Sunway', termasuk tempat makan, kesihatan dan kesejahteraan, hospitaliti, runcit dan banyak lagi tawaran merentas ekosistem Sunway.

"Bermula daripada 100,000 Sunway Super App Points kepada pengalaman menjamu selera di Gordon Ramsay Bar & Grill kepada penginapan mewah di Sunway Resort Hotel, bekalan sehingga setahun dari Sunway XFarms, dua bengkel masakan percuma di institusi Le Cordon Blue Malaysia yang berprestij, pengalaman menginap di Sunway Sanctuary, dan pemeriksaan kesihatan di Pusat Perubatan Sunway, tawaran ini adalah bukti kemudahan bertaraf dunia yang terdapat di perbandaran Sunway di seluruh negara.

"Selain itu, pembeli juga secara automatik akan menjadi ahli Sunway Property+, yang menyediakan tiga tawaran utama iaitu Rent+, Care+ dan Reward+. Setiap tonggak ini menawarkan faedah eksklusif yang akan disertakan dengan rumah Sunway Property, daripada perkhidmatan penyelenggaraan rumah kepada kelebihan sewa kepada diskaun istimewa dan banyak lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Yuen berkata, sebagai pemaju komuniti utama, Sunway Property berusaha untuk melakukan menjangkaui penyediaan lebih daripada sekadar rumah.

"Kami komited untuk mencipta nilai untuk ahli komuniti Sunway kami, itulah sebabnya pembeli rumah akan menikmati tawaran terbaik Sunway dengan pengalaman Sunway dan melalui program Sunway Property+.

"Inisiatif ini adalah sebahagian daripada perjalanan berterusan kami untuk menepati janji kami kepada pengguna kami iaitu 'Bersama Anda Untuk Generasi'," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Tropicana introduces Skypark Kepler by Banyan Group

  • Rumah RM300,000 hingga RM500,000 paling banyak tak terjual

  • Sunsuria buys 20% stake in Kg Sungai Baru developer for RM10 mil, to inject RM40 mil to kick-start development

  • Projek Sunway Bayu catat jualan RM42 juta dalam masa sehari

  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah