News & Articles KPKT BERJAYA PULIH 10,560 UNIT RUMAH SWASTA DENGAN GDV RM8.23 BILION

KPKT BERJAYA PULIH 10,560 UNIT RUMAH SWASTA DENGAN GDV RM8.23 BILION


2 Apr 2024
KPKT BERJAYA PULIH 10,560 UNIT RUMAH SWASTA DENGAN GDV RM8.23 BILION
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya memulihkan 10,560 unit rumah perumahan swasta daripada 88 projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM8.23 bilion setakat Februari lepas.

Timbalan Menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata daripada 88 projek perumahan itu sebanyak 81 projek telah mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) manakala lima projek berstatus sakit kembali menjadi lancar dan dua projek terbengkalai telah berjaya dipulihkan.

“Dua projek perumahan swasta terbengkalai yang berjaya diselesaikan itu ialah Taman Daya, Kepong, Selangor yang telah memperoleh Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) dan Perpaduan Heights Fasa 1 dan 2, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang dilaksanakan melalui kaedah penyelesaian pembeli oleh kerajaan negeri,” katanya
pada sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata berdasarkan data setakat 29 Feb lepas, pihaknya telah mengenal pasti 230 projek mengalami kelewatan, 462 projek sakit dan 115 projek terbengkalai dengan nilai GDV sebanyak RM201.75 bilion.

“Nilai ini menunjukkan terdapat pengurangan kepada bilangan projek lewat, sakit dan terbengkalai berbanding statistik hingga 31 Jan lepas,” katanya.

“Kita (KPKT) telah menambah baik kepada terma rujukan (TOR) TFST sedia ada iaitu Track (mengesan), Resolve (menyelesai), Preventive (mencegah) dan Forward Modelling (pemodelan ke hadapan). Gerak kerja TFST pada 2024 turut meliputi langkah mencari penyelesaian dan penambahbaikan dalam kecekapan tadbir urus
melalui teknologi dan pindaan kepada perundangan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata TFST juga akan berusaha dan bergiat aktif bagi memastikan unjuran projek perumahan swasta sakit akan berakhir pada hujung tahun ini dengan mencapai sasarannya iaitu 505 projek.


Selain itu, Aiman Athirah berkata pihaknya masih mengekalkan Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) sebagai satu daripada agenda utama KPKT dengan fokus yang lebih bersasar dan strategik.

Source: Bernama.com

Latest Posts
  • Tropicana introduces Skypark Kepler by Banyan Group

  • Rumah RM300,000 hingga RM500,000 paling banyak tak terjual

  • Sunsuria buys 20% stake in Kg Sungai Baru developer for RM10 mil, to inject RM40 mil to kick-start development

  • Projek Sunway Bayu catat jualan RM42 juta dalam masa sehari

  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah