News & Articles M Tiara 2 pembangunan baharu Mah Sing di Johor

M Tiara 2 pembangunan baharu Mah Sing di Johor


12 Apr 2024
M Tiara 2 pembangunan baharu Mah Sing di Johor
KUALA LUMPUR: Pembelian tanah oleh Mah Sing Group Bhd di Johor dijangka positif kepada pemaju hartanah itu kerana ia membolehkannya terus mengembangkan pendedahannya kepada pasaran hartanah Johor.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF) dalam nota penyelidikan hari ini berkata, pembelian tanah itu adalah untuk pembangunan tanah baharu yang dinamakan M Tiara 2, terletak kira-kira 400 meter dari M Tiara.

"Tanah itu terletak secara strategik antara perbandaran Mutiara Rini dan Lima Kedai.

"M Tiara 2 dijangka meneruskan kejayaan M Tiara. Cadangan pembangunan di M Tiara 2 adalah kediaman bertanah dengan harga jualan indikatif bermula daripada RM770,000 dan pangsapuri servis dengan harga bermula indikatif daripada RM253,000," katanya.

Menurut firma penyelidikan itu, projek berkenaan akan mempunyai jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.45 bilion yang diterjemahkan kepada nisbah kos tanah kepada GDV sebanyak 7.2 peratus.

MIDF mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran yang disemak semula sebanyak RM1.42 daripada RM1.23 dan mengekalkan unjuran pendapatan syarikat itu untuk tahun kewangan 2024 hingga 2026.

"MIDF mengekalkan saranan terhadap Mah Sing kerana kami menyukai pendedahannya kepada segmen kediaman mampu milik dan kehadirannya yang semakin meningkat dalam segmen hartanah perindustrian, ia akan memacu pertumbuhan pendapatan pada masa depan," katanya.

Jumaat lalu, anak syarikat milik penuh Mah Sing Group Bhd, Venice View Development Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Amanah Raya Bhd untuk memperoleh 40.4686 hektar (100.4 ekar) pada harga RM103.75 juta di Pulai, Johor Bahru.

Pada 11.10 pagi, saham Mah Sing naik 4.0 sen kepada RM1.30 dengan 6.37 juta saham didagangkan di Bursa Malaysia.

-BERNAMA

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • 大马下半年房价料大涨

  • Developer expects home sales to remain encouraging

  • MAPEX Selangor tawar 10,000 unit hartanah bernilai RM1.5 bilion

  • AXIS REIT SHARES UP AFTER FIRST QUARTER PROFIT JUMP

  • Galeri jualan Sunway Velocity 3 dibuka