News & Articles PROJEK RUMAH SASAR SUNGAI BESI SIAP LEBIH 65 PERATUS - MOHAMED KHALED

PROJEK RUMAH SASAR SUNGAI BESI SIAP LEBIH 65 PERATUS - MOHAMED KHALED


18 Apr 2024
PROJEK RUMAH SASAR SUNGAI BESI SIAP LEBIH 65 PERATUS - MOHAMED KHALED
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Projek perumahan bagi program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Sungai Besi sudah mencapai kemajuan sebanyak 65.51 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2025.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata status terkini kemajuan projek perumahan itu adalah 21 hari lebih awal berbanding jadual asal.

"Projek ini melibatkan 3,500 unit rumah,” katanya pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Tapak ke Perumahan Projek SASaR di Sungai Besi di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata selain projek SASaR di Sungai Besi, projek SASaR lain ialah Kem Wardieburn dan Setapak yang merupakan projek rintis Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi memastikan setiap anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pekerja awam kementerian itu dapat memiliki rumah
sendiri, selaras dengan objektif Pelan Strategik MINDEF 2021-2025 di bawah Teras 3 iaitu ‘Pelestarian Kesejahteraan Warga Kerja Pertahanan.

Beliau berkata pelaksanaan projek SASaR di Kem Wardieburn dan Setapak dijangka bermula tiga bulan lagi.

"Ini sebagai satu projek rintis yang digunakan untuk melihat pelaksanaan dan kejayaan sebelum merancang (pembinaan rumah SASaR) diperluas di tempat lain diseluruh negara.

"Selain itu, kita dapat menilai keberkesanan pelaksanaan dasar dan sejauh mana pencapaian yang dilaksanakan pihak swasta, pemaju yang berjaya diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya,” katanya.

Projek SASaR Wardieburn menyediakan 974 unit pangsapuri manakala projek SASaR Setapak menawarkan 6,400 unit pangsapuri dengan keseluruhan sebanyak 10,874 unit rumah akan dibina melalui tiga projek perumahan tersebut.


-- BERNAMA

Source: Bernama.com

Latest Posts
  • Tropicana introduces Skypark Kepler by Banyan Group

  • Rumah RM300,000 hingga RM500,000 paling banyak tak terjual

  • Sunsuria buys 20% stake in Kg Sungai Baru developer for RM10 mil, to inject RM40 mil to kick-start development

  • Projek Sunway Bayu catat jualan RM42 juta dalam masa sehari

  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah