News & Articles Matrix Concepts lancar fasa kedua Resort Villa

Matrix Concepts lancar fasa kedua Resort Villa


24 Apr 2024
Matrix Concepts lancar fasa kedua Resort Villa
SEREMBAN: Sebanyak 14 unit fasa satu Resort Villa yang dibangunkan Matrix Concpets Holding Bhd (Matrix Concepts) di Bandar Sri Sendayan, di sini, habis terjual dalam tempoh tiga bulan selepas dilancarkan pada April tahun lalu.

Susulan itu pemaju berkenaan kini melancarkan fasa kedua dengan menawarkan sebanyak 20 lagi unit banglo dua tingkat yang direka dengan teliti menggabungkan ciri keanggunan, keselesaan dan ketenangan yang mewah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chai Keng Wai berkata, projek yang dijangka siap sepenuhnya pada 2026 itu mempunyai anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM135.9 juta.

"Pembangunan pegangan bebas seluas 16 ekar ini menawarkan tiga jenis susun atur bagi projek dua fasa yang dijangka siap pada pertengahan 2026. Fasa kedua baru dilancarkan bulan ini.

"Projek dengan ciri mesra alam seperti pemanas air suria dan sistem air hujan penuaian ini, kami bukan hanya membina rumah, malah sedang membina masa depan yang mampan dan mempamerkan kemewahan serta gaya hidup yang tiada tandingan," katanya di sini baru-baru ini.

Terdahulu beliau hadir pada Majlis Apresiasi Media Matrix Concepts di perkarangan villa berkenaan bertujuan menghargai pengamal media yang sentiasa bekerja rapat dengan syarikat korporat itu.

Menyentuh mengenai kawalan keselamatan, Keng Wai berkata, pihaknya mengutamakan ketenangan fikiran pelanggan dengan menawarkan ciri keselamatan premium dengan sistem rumah pintar yang canggih.

"Penduduk boleh menikmati langkah keselamatan lanjutan termasuk sistem pengecaman nombor pendaftaran di pintu masuk, rondaan keselamatan sepanjang masa dan sistem penggera keselamatan lengkap dengan butang panik serta penderia magnet dan getaran yang tersedia di setiap rumah," katanya.

Mengulas mengenai lokasinya, beliau berkata, banglo dua tingkat dengan keluasan binaan antara 6,839 hingga 7,749 kaki persegi itu dilengkapi dengan tiga jenis susun atur berbeza.

"Resort Villa terletak di tengah-tengah Bandar Sri Sendayan dan ia adalah lambang kemudahan dan kehidupan mewah.

"Dengan sekolah yang terkemuka, kemudahan rekreasi bertaraf dunia, rumah kelab dan hub komersial yang anda mungkin inginkan tepat di depan pintu, kami benar-benar menawarkan yang terbaik," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Tropicana introduces Skypark Kepler by Banyan Group

  • Rumah RM300,000 hingga RM500,000 paling banyak tak terjual

  • Sunsuria buys 20% stake in Kg Sungai Baru developer for RM10 mil, to inject RM40 mil to kick-start development

  • Projek Sunway Bayu catat jualan RM42 juta dalam masa sehari

  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah