News & Articles Arika@Kubang Kerian tepati status pangsapuri kawasan elit

Arika@Kubang Kerian tepati status pangsapuri kawasan elit


30 Apr 2024
Arika@Kubang Kerian tepati status pangsapuri kawasan elit
ARIKA@Kubang Kerian dimajukan oleh Kumpulan Malvest menandatangani perjanjian dengan kontraktor utama serta pembekal-pembekal berjenama sekali gus menepati status sebagai pangsapuri elit.

Pengarah Urusan Kumpulan Malvest, Tan Kian Boon berkata, kerjasama itu melibatkan YanJian Group Construction Malaysia Sdn Bhd, Sigma Elevator, Niro Ceramic Group dan Premtex Malaysia.

"Arika merupakan pangsapuri perkhidmatan 42 tingkat yang terletak berdekatan dengan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) menawarkan 668 unit pangsapuri.

"Pangsapuri ini lengkap dengan 26 unit kedai termasuk jenama terkemuka," katanya ketika ditemui semasa pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik Arika@Kubang Kerian di sini.

Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah.

Menurut beliau, Arika menawarkan gaya hidup baharu kepada penduduk menerusi stesen mengecas elektrik.

Katanya, setakat ini kerja pembinaan asas telah sempurna YanJian Group Construction yang merupakan kontraktor antarabangsa berkedudukan ke-116 di dunia.

Kian Boon memberitahu, projek Arika@Kubang Kerian akan siap dibina pada suku ketiga tahun 2026.

Source: sinarharian.com.my

Latest Posts
  • Low-cost flat dwellers 'feeling the heat'

  • Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030

  • 商业楼烂尾 房政部修法保权益

  • Ratepayers want better service following tax hike

  • Projek Times Square 2 disasar habis dijual akhir 2024