News & Articles LBS lancar SkyRia di Puchong harga bermula RM250,000

LBS lancar SkyRia di Puchong harga bermula RM250,000


10 May 2024
LBS lancar SkyRia di Puchong harga bermula RM250,000
KUALA LUMPUR: Pemaju perumahan terkemuka pilihan rakyat, LBS Bina Group Bhd (LBS) melancarkan SkyRia, penambahan baharu dan terkini dari D'Island Residence.

Terletak di perbandaran ala kepulauan seluas 175 ekar di Puchong, SkyRia memberi definisi baharu bagi kehidupan bandar.

Dengan dua blok yang dibangunkan masing-masing sebanyak 608 dan 391 unit, SkyRia dijangka menjana nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM457 juta.

Dengan harga permulaan yang amat menarik, SkyRia menawarkan reka bentuk yang sesuai bagi keluarga kecil dan mereka yang baru membina keluarga, di mana Jenis A (600 kaki persegi) ditawarkan daripada RM250,000, Jenis B (850 kaki persegi), bermula daripada RM478,000, dan Jenis C (900 kaki persegi) yang ditawarkan bermula daripada RM507,000.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Dr Lim Hock San, berkata, berdasarkan kejayaan D'Island yang menawarkan kediaman berkualiti dengan harga menarik, lokasi dan dikelilingi dengan pelbagai kemudahan yang tersedia bagi perkembangan masa hadapan, SkyRia akan menakrifkan semula konsep rumah permulaan yang sempurna serta direka dengan teliti selaras dengan matlamat perumahan negara."

"SkyRia mengekalkan komitmen D'Island untuk menyediakan kehidupan berkualiti dengan menawarkan lebih daripada 28 kemudahan yang mengagumkan, membolehkan penduduk menikmati gaya hidup aktif selepas seharian bekerja.

"Dengan yuran tempahan sebanyak RM500, SkyRia mampu menjadi milik anda," katanya dalam satu kenyataan.

Menyedari bahawa kebolehcapaian adalah elemen yang sangat penting, SkyRia menawarkan kemudahan akses lebuh raya utama seperti Elite, SKVE, LDP, KESAS dan MEX, memastikan ketersambungan yang lancar untuk penduduk.

Sama ada pusat membeli-belah, kemudahan perubatan atau institusi pendidikan, kesemuanya berada di dalam lingkungan SkyRia.

Lokasi beli-belah berhampiran ialah Lotus's Bukit Puchong (empat kilometer), Aeon Big Puchong Utama (lima kilometer), Jaya Grocer, IOI Rio City (10 kilometer), IOI Mall (13 km), Sunway Pyramid (17 kilometer), Pavilion Bukit Jalil (18 kilometer).

Kemudahan perubatan termasuk Hospital Cyberjaya (sembilan kilometer), KPMC Puchong (sembilan kilometer), Hospital Columbia Asia (10 kilometer), Sunway Medical Centre (15 kilometer), Hospital Putrajaya (15 kilometer).

Institusi pendidikan berhampiran ialah SJK (C) Sin Ming (tiga kilometer), SK Puchong Utama 1 & 2 (lima kilometer), Binary University College (11 kilometer), Limkokwing University (13 kilometer), Sunway University (16 kilometer) dan Taylor's University Lakeside Campus (16 kilometer).

SkyRia di D'Island, Puchong merupakan salah satu projek yang mengambil bahagian dalam kempen Emas Bling Bling, menawarkan peluang eksklusif bagi pembeli untuk memenangi jongkong emas 999.9.

Kempen bermula dari 1 April hingga 31 Mei 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan tawaran ini, layari www.campaign.lbs.com.my.

Sila layari https://d-island.com.my/skyria atau hubungi 1700 81 8998 untuk maklumat lanjut mengenai SkyRia.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Ratepayers want better service following tax hike

  • Projek Times Square 2 disasar habis dijual akhir 2024

  • PKNS保留Sierra Alam项目绿地

  • Sunway REIT's NPI drops 5.6% after sale of medical centre

  • Rumah bawah RM300,000 paling banyak dilancar pada suku pertama