News & Articles Projek Times Square 2 disasar habis dijual akhir 2024

Projek Times Square 2 disasar habis dijual akhir 2024


20 May 2024
Projek Times Square 2 disasar habis dijual akhir 2024
KUALA LUMPUR: Berjaya Times Square Sdn Bhd (BTS) yakin projek kediaman 'Times Square 2' yang baru dilancarkan akan habis dijual menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Eksekutifnya, Syed Ali Shahul Hameed, berkata projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM625 juta itu akan mendapat sambutan kerana lokasi strategiknya, kemudahan moden, harga yang menarik dan ketersambungan yang baik.

"Saya yakin ia akan habis dijual pada akhir tahun ini," kata Syed Ali yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Land Bhd dalam satu kenyataan.

Terletak di Jalan Imbi bersebelahan pusat beli-belah Berjaya Times Square dan Bukit Bintang City Centre di sini, projek itu menyediakan sebanyak 629 unit kediaman di bangunan 41 tingkat itu.

Unit kediaman disediakan terdiri daripada 488 kaki persegi satu bilik hingga 1,356 kaki persegi tiga bilik tidur pada harga antara RM688,000 hingga RM2.65 juta.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif BTS, Tan Tee Ming, berkata Times Square 2 menawarkan kemudahan yang direka untuk penduduk bandar yang mencari keuntungan modal dan susun atur praktikal.

"Pilihan disediakan termasuk dinding yang boleh dipecahkan untuk menggabungkan unit, reka bentuk dwi-kunci untuk fleksibiliti penyewaan dan bilik mandi en suite," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Tropicana introduces Skypark Kepler by Banyan Group

  • Rumah RM300,000 hingga RM500,000 paling banyak tak terjual

  • Sunsuria buys 20% stake in Kg Sungai Baru developer for RM10 mil, to inject RM40 mil to kick-start development

  • Projek Sunway Bayu catat jualan RM42 juta dalam masa sehari

  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah