News & Articles SP SETIA JUAL TANAH DI JOHOR BERNILAI RM564 JUTA

SP SETIA JUAL TANAH DI JOHOR BERNILAI RM564 JUTA


12 Jun 2024
SP SETIA JUAL TANAH DI JOHOR BERNILAI RM564 JUTA
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- SP Setia Bhd melalui anak syarikatnya Pelangi Sdn Bhd menyelesaikan penjualan tanah berkeluasan 388.38 hektar di Tebrau, Johor kepada Senibongn Island Sdn Bhd berharga RM564 juta.

Pemaju hartanah itu dalam kenyataan hari ini berkata, dengan memanfaatkan potensi nilai aset itu, perjanjian berkenaan meningkatkan kedudukan kewangan syarikat, menyumbang kepada jangkaan keuntungan selepas cukai sebanyak RM332 juta.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Choong Kai Wai berkata urus niaga itu melengkapkan usaha syarikat untuk mengurangkan tahap kadar hutang.

“Dengan menguruskan struktur modal kami dengan cekap, menyalurkan sumber kepada projek sedang pesat membangun, merasionalkan struktur kos, dan secara langsung meningkatkan keuntungan, Setia berada dalam kedudukan lebih baik untuk pengembangan dan kemampanan jangka panjang,” katanya.

Choong berkata syarikat itu akan terus menumpukan usaha kepada aliran hasil lain menerusi pengurusan simpanan tanah, melaksanakan usaha agar dikenali dalam pembangunan perindustrian dan meneruskan pengembangan serantau di Vietnam dan Australia bagi meluaskan asas pendapatan selain pelaksanaan kukuh projek perbandaran seiring dengan permintaan pasaran.

Setia juga telah memulakan kerja persediaan untuk tawaran awam prapermulaan bagi mempertimbangkan penubuhan amanah pelaburan hartanah (REIT), memperlihatkan kepelbagaian portfolio aset, yang dijangka antaranya kompleks runcit, bangunan pejabat, sekolah dan pusat konvensyen, mencipta laluan baharu untuk nilai pelabur dan pertumbuhan syarikat.

"Strategi kami untuk merealisasikan nilai aset tanah yang dikenal pasti telah membaw kami lebih dekat dengan keadaan kewangna lebih kukuh dan menyokong usaha untuk mempelbagaikan asas pendapatan kam," katanya.

Source: Bernama.com

Latest Posts
  • Tropicana introduces Skypark Kepler by Banyan Group

  • Rumah RM300,000 hingga RM500,000 paling banyak tak terjual

  • Sunsuria buys 20% stake in Kg Sungai Baru developer for RM10 mil, to inject RM40 mil to kick-start development

  • Projek Sunway Bayu catat jualan RM42 juta dalam masa sehari

  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah