News & Articles Megah Sedaya, NS Corp bangun tanah baharu

Megah Sedaya, NS Corp bangun tanah baharu


21 Jun 2024
Megah Sedaya, NS Corp bangun tanah baharu
Kuala Lumpur: Matrix Concepts Holdings Bhd (Matrix Concepts) melalui anak syarikatnya, Megah Sedaya Sdn Bhd memeterai perjanjian pembangunan tanah baharu dengan NS Corporation (NS Corp) di dalam Lembah Wawasan Malaysia (MVV) 2.0.

Pembangunan tanah baharu seluas 405 hektar itu adalah tambahan kepada pemilikan Matrix Concepts di dalam MVV 2.0 sebelum ini seluas 559 hektar yang dimeterai pada Ogos 2022.

Matrix Concepts berkata, secara gabungan kumpulan kini mempunyai 964 hektar tanah yang akan dibangunkan di dalam MVV 2.0, sekali gus bakal menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dalam pembangunan lestari berimpak tinggi.

Di bawah syarat perjanjian pembangunan tanah itu katanya, NS Corp memberikan hak pembangunan kepada Megah Sedaya, syarikat tujuan khas (SPV) yang akan bertindak sebagai pemaju induk tanah bernilai RM435.6 juta itu.

Selain itu, Matrix Concepts dan NS Corp turut menandatangani perjanjian usaha sama strategik (SJVA) bagi tanah seluas 559 hektar yang membolehkan perkongsian ekuiti 85:15 dengan Matrix Concepts sebagai pemegang majoriti.

"Kumpulan akan menerajui pembangunan tanah baru daripada pelan tindakan induk, pelaksanaan dan penyampaian komponen pembangunan selain mendapatkan keperluan pembiayaan diperlukan.

"Pertimbangan untuk hak pembangunan dan kos pembangunan awal hendaklah dibiayai melalui campuran dana dan pinjaman yang dijana secara dalaman," katanya dalam satu kenyataan.

Source: Harian Metro

Latest Posts
  • Don’t Miss NCM Co’s July 2025 Auction Carnival

  • Strata Sense: Demystifying strata living

  • MTD Properties lancar perbandaran bernilai RM1 bilion di Kajang, Melaka

  • PJ’S NEW ICON: A Walkable City, A Prestigious Address

  • Mah Sing rekod jualan hartanah RM1.01 bilion dalam lima bulan