News & Articles Pengerusi Eksekutif LBS terima pengiktirafan ikon hartanah lestari

Pengerusi Eksekutif LBS terima pengiktirafan ikon hartanah lestari


26 Jun 2024
Pengerusi Eksekutif LBS terima pengiktirafan ikon hartanah lestari
Kuala Lumpur: LBS Bina Group Berhad (LBS) telah dianugerahkan "Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Ikon Hartanah Kepimpinan Lestari Dunia 2024".

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir (Dr) Lim Hock San telah menerima anugerah berprestij ini daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (TYT), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan luar biasa Tan Sri Lim di dalam mengangkat konsep kelestarian di sektor hartanah.

LBS dalam kenyataan berkata, di bawah kepimpinan beliau yang penuh wawasan, LBS telah mencapai kemajuan yang ketara terhadap konsep kelestarian.

"Pada tahun 2016, Kumpulan telah menubuhkan Pasukan Kerja Kelestarian, menandakan permulaan pengstrukturan terhadap konsep kelestarian.

"Pada tahun 2021 pula, LBS telah menerbitkan Laporan Kelestarian yang pertama dan membentuk Lembaga Jawatankuasa Kelestarian yang disertai oleh pasukan Kelestarian Kumpulan yang berdedikasi.

"Inisiatif-inisiatif ini menekankan komitmen Kumpulan untuk mengintegrasikan kelestarian ke dalam operasi syarikat dan tadbir urusnya," katanya.

Menurut LBS, pada tahun 2022, LBS telah diiktiraf dengan indeks FTSE4Good Bursa Malaysia (F4GBM, F4FBMS) dan telah menerima penarafan tiga bintang, yang menunjukkan komitmen dan pematuhan syarikat terhadap piawaian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang tinggi.

Katanya, berdasarkan momentum ini pada tahun 2023, LBS turut membangunkan pelan Pelepasan Karbon Sifar Bersih yang komprehensif menjelang tahun 2050, menetapkan strategi dan sasaran jangka pendek, sederhana dan panjang yang jelas.

"Dedikasi untuk mengurangkan pelepasan karbon dan meningkatkan amalan kelestarian ini terus diperakui apabila LBS menerima "The Most Improved Performance Award" di "The Edge Malaysia ESG Awards 2023"," katanya.

Menerusi usaha perintisnya pada tahun 2024, LBS Bina telah memperkenalkan mekanisme Harga Karbon Dalaman di peringkat Kumpulan dan menerbitkan Program Sukuk Wakalah bernilai RM750 juta.

"Langkah ini mencerminkan komitmen LBS terhadap kewangan lestari dan meletakkan syarikat sebagai peneraju dalam mengintegrasikan prinsip ESG ke dalam sektor hartanah.

"Pada tahun 2023, LBS telah mencapai kemajuan ekonomi, alam sekitar dan tadbir urus.

"Dari segi ekonomi, syarikat telah melancarkan Program Sukuk Wakalah bernilai RM750 juta, yang menerima Penilaian Impak Bon "Emas" oleh MARC dan penarafan kredit AA-IS.

"LBS juga merupakan pemaju hartanah pertama di Malaysia yang menerbitkan Sukuk Wakalah SRI Sosial ASEAN yang bernilai RM200 juta," katanya.

Menurut LBS, dari segi alam sekitar, LBS telah memasang panel solar di projek-projek hartanah utama Kumpulan, termasuk bumbung Ibu Pejabat LBS, galeri jualan di KITA @ Cybersouth, dan kilang konkrit pratuang IBS MGB, menunjukkan komitmen ketara terhadap tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan jejak karbonnya.

"Dari segi sosial dan kemasyarakatan, LBS Foundation telah memberi impak yang besar, membantu 421,795 penerima luar menerima manfaat dan telah menyumbang sebanyak RM 1.68 juta kepada pelbagai inisiatif komuniti, mempamerkan dedikasi LBS terhadap tanggungjawab sosial dan pembangunan masyarakat.

"Dari segi tadbir urus, LBS telah menjadi pelopor, dengan membentuk 37.5 peratus daripada ahli Lembaga Pengarahnya merupakan wanita, yang menyerlahkan komitmen syarikat terhadap kepelbagaian jantina dan tadbir urus inklusif," katanya.

Kepimpinan Hock San telah memainkan peranan penting dalam mengemudi LBS untuk meraih pencapaian yang luar biasa ini.

Penganugerahan "Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Ikon Hartanah dan Kepimpinan Lestari Dunia 2024" adalah pengiktirafan yang jelas kepada dedikasi beliau terhadap kelestarian dan sumbangan besar industri hartanah.

Source: Harian Metro

Latest Posts
  • Tropicana introduces Skypark Kepler by Banyan Group

  • Rumah RM300,000 hingga RM500,000 paling banyak tak terjual

  • Sunsuria buys 20% stake in Kg Sungai Baru developer for RM10 mil, to inject RM40 mil to kick-start development

  • Projek Sunway Bayu catat jualan RM42 juta dalam masa sehari

  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah