News & Articles Karnival UDA 2024 bawa kelainan

Karnival UDA 2024 bawa kelainan


1 Aug 2024
Karnival UDA 2024 bawa kelainan
BUKIT MERTAJAM - Pemaju hartanah terkemuka, UDA Holdings Berhad (UDA) menerusi karnival tahunannya, Karnival UDA 2024 memperkenalkan tujuh zon untuk menarik kehadiran pengunjung ke karnival itu.

Karnival UDA 2024 itu telah berlangsung selama tiga hari di Tapak Parkir Gravitas, Jalan Baru Prai, di sini, baru- baru ini.


Karnival yang masuk tahun ketiga penganjurannya itu membuka tirai jelajah di Pulau Pinang dengan menampilkan kelainan dan konsep baharu iaitu tujuh zon untuk seisi keluarga merangkumi Pavilion UDA, Ruang Rasa, Aura Wanita, Maskulin, Fiesta Bakat dan Pa & Ma dan Jualan Pelbagai.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Sr Mohd Salem Kailany berkata, keunikan yang diketengahkan sepanjang karnival pada tahun ini telah menarik ramai pengunjung sekali gus mencapai dua matlamat utama penganjurannya.

”Ia termasuk memperkasa usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) agar lebih mampan dan berdaya saing selain membantu komuniti setempat mendapatkan produk hartanah UDA yang bersesuaian selaras dengan fokus kami untuk menggalakkan pemilikan hartanah di kawasan bandar,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Ahad.

Hadir dan merasmikan Karnival UDA 2024 ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Turut hadir ialah Pengerusi UDA, Tan Sri Mohd Annuar Zaini dan Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar Pulau Pinang, Datuk Rashidi Zinol.

Menurutnya, UDA selaku salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengaspirasikan Karnival UDA 2024 bagi menggiatkan perkembangan usahawan PMKS melalui dua insentif utama iaitu Program Insentif Usahawan UDA (PIUU) dan Program Pemerkasaan Usahawan.

“PIUU merupakan insentif sewaan gerai jualan manakala Program Pemerkasaan Usahawan pula merupakan bantuan penjenamaan produk atau perkhidmatan dan pengiklanan melalui green screen,” katanya.

Beliau berkata, menerusi karnival itu, UDA mendapat penyertaan 160 usahawan dengan anggaran nilai jualan berjumlah RM2.5 juta.

Menurut Mohd Salem, sempena karnival itu, UDA turut menganggarkan jualan hartanah bernilai RM37 juta dengan memfokuskan kepada rangkaian produk hartanah terbaharu untuk semua generasi dari utara ke selatan Semenanjung dan di Sarawak.

Beliau berkata, pada tahun ini UDA menumpukan kepada 13 produk yang merangkumi pelbagai segmen hartanah seperti rumah mampu milik, rumah kategori terbuka, lot niaga serta ruang kedai pejabat seperti Kuala Terengganu Golf Resort (Fasa 6 Pakej 1) di Kuala Terengganu, Pelindung Heights (Fasa 1B Pakej 4) di Kuantan serta Areca Terrace (Fasa 4B) dan UDA Heights (Fasa 1C ) di Bandar UDA Utama.

“UDA merancang untuk melancarkan beberapa projek hartanah terbaharu pada tahun ini seperti Mawar @ Taman Sultan Sallehuddin di Alor Setar, Neu Pendington (Fasa 1A dan Fasa 1B) di Kuching, Crescent Dew (Fasa 1B) dan Crescent Dew Commercial di Kepala Batas,” katanya.

Mohd Salem berkata, sempena Karnival UDA 2024, UDA menyampaikan dua hadiah utama Kempen Hartanah UDA Ria 2023 berupa kereta Perodua Ativa kepada dua pembeli hartanah UDA iaitu Sarah Fathiyah Mubarak dan They Wee Jin yang membuat pembelian hartanah UDA sepanjang kempen itu berlangsung.

Karnival UDA 2024 seterusnya akan ke Bandar Tun Hussein Onn, Cheras pada 27 hingga 29 September ini.

Source: Sinar Harian

Latest Posts
  • Sunway to expand Sunway City Ipoh with RM4bil in investments

  • S P Setia lancar fasa baharu Ambrosia II, harga bermula RM1.75 juta

  • Tropicana introduces Skypark Kepler by Banyan Group

  • Rumah RM300,000 hingga RM500,000 paling banyak tak terjual

  • Sunsuria buys 20% stake in Kg Sungai Baru developer for RM10 mil, to inject RM40 mil to kick-start development