News & Articles LBS tawar pemilikan rumah bersama Maybank MyDeco Financing

LBS tawar pemilikan rumah bersama Maybank MyDeco Financing


15 Aug 2024
LBS tawar pemilikan rumah bersama Maybank MyDeco Financing
KUALA LUMPUR: LBS Bina Group Bhd (LBS) menjalin kerjasama dengan Maybank Bhd (Maybank) untuk melancarkan penyelesaian Maybank MyDeco Financing.

Pemaju hartanah itu dalam satu kenyataan berkata, inisiatif inovatif terbabit bertujuan untuk memudahkan pemilikan rumah mampu milik untuk rakyat menerusi tawaran margin pinjaman yang luar biasa sebanyak 120 peratus daripada Maybank.


"LBS komited untuk menjadikan pemilikan rumah serendah dan semudah yang mungkin melalui Maybank MyDeco Financing.

"Penyelesaian komprehensif yang disediakan untuk pembeli rumah LBS ini menawarkan margin pinjaman yang mengagumkan sebanyak 120 peratus, yang membolehkan pembeli untuk membiayai bukan sahaja rumah baharu LBS, tetapi juga kos tambahan seperti perpindahan, reka bentuk dalaman, perabot dan kos pemasangan.


"Dengan fleksibiliti kewangan yang dipertingkatkan ini, LBS memastikan bahawa setiap aspek pembelian rumah dapat diuruskan, dan membolehkan pembeli membuat pinjaman melebihi daripada harga pembelian, sekali gus menampung perbelanjaan yang biasanya perlu dikeluarkan dari poket sendiri," katanya.

LBS berkata, kerjasama sulung dengan Maybank itu turut menekankan komitmen bersama bagi menyokong pemilikan rumah di Malaysia, sekali gus memperkemaskan lagi proses permohonan, menjadikannya lebih mudah bagi pembeli untuk mendapatkan pinjaman dan berpindah ke rumah impian mereka.

"Menerusi kerjasama ini ini, LBS turut menyumbang kepakarannya dalam membangunkan perumahan yang berkualiti tinggi dan mampu milik, manakala Maybank menyediakan penyelesaian kewangan yang kukuh untuk memastikan pemilikan kediaman ini boleh diakses oleh semua.

"Bagi pembeli yang berminat, layari web LBS di https://lbs.com.my/ atau mana-mana galeri jualan LBS untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hartanah yang tersedia dalam kempen ini," katanya.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Dr Lim Hock San, berkata pemaju hartanah itu percaya dengan menambah sokongan kewangan, impian untuk pemilikan rumah dapat direalisasikan hasil kerjasama LBS dengan Maybank yang menawarkan margin pinjaman 120 peratus kepada pelanggan.

"Mendapatkan kunci rumah impian anda hanyalah separuh daripada perjalanan pemilikan rumah. Inflasi dan peningkatan kos sara hidup telah memberi kesan kepada setiap aspek kehidupan kita, baik dari kos perabot, perkakas elektronik, hingga insurans untuk kediaman.

"Program kesetiaan yang kami tawarkan, LBS Perks and Plusses yang dicetuskan hasil jalinan kerjasama dengan 61 rakan kongsi setakat ini direka khusus untuk menyediakan ganjaran dan promosi eksklusif kepada pembeli rumah kami," katanya.

Astella D'Island Residence @ Puchong adalah antara projek yang terbabit dalam kempen 'Unlock Your Dream Home'.

Perbandaran D' Island Residence yang pernah memenangi anugerah itu menawarkan pengalaman hidup yang tenang di tepi tasik seluas seribu ekar, dengan perjalanan hanya beberapa minit dari bandar.

Dilengkapi kemudahan seperti taman permainan, gimnasium berhampiran kawasan awam, pavilion, serta pelbagai taman dan gelanggang sukan serba guna untuk semua.

Selain itu, penduduk menikmati ketenangan fikiran dengan fungsi keselamatan 24 jam yang diadakan, menjadikannya tempat perlindungan yang selesa dan selamat untuk dihuni.

Terdapat juga koleksi hartanah pegangan bebas LBS iaitu Saujana Indah @ Johor Bahru dan Imperial Garden di Batu Pahat, Johor.

Saujana Indah terletak berdekatan dengan lebuh raya utama dan Tambak Johor, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang sering ulang-alik.

Dilengkapi dengan kemudahan moden dan direka untuk kehidupan kontemporari, ia menyediakan gaya hidup yang selesa dan mudah. Dengan perkembangan pesat di Johor Bahru, nilai hartanah dijangka meningkat, memastikan pulangan pelaburan yang tinggi.

Imperial Garden, yang terletak di Batu Pahat pula menjadi antara satu bandar yang sedang berkembang pesat di Malaysia, dengan peningkatan yang ketara dalam pembangunan infrastruktur dan aktiviti ekonomi.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Malaysia’s first-ever auction carnival happening on Nov 21 in KL

  • Sunway to expand Sunway City Ipoh with RM4bil in investments

  • S P Setia lancar fasa baharu Ambrosia II, harga bermula RM1.75 juta

  • Tropicana introduces Skypark Kepler by Banyan Group

  • Rumah RM300,000 hingga RM500,000 paling banyak tak terjual