News & Articles Imperial Lexis mercu tanda ikonik baharu di Kuala Lumpur

Imperial Lexis mercu tanda ikonik baharu di Kuala Lumpur


19 Aug 2024
Imperial Lexis mercu tanda ikonik baharu di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Imperial Lexis Kuala Lumpur oleh Lexis Hotel Group telah dibuka secara rasmi, menetapkan standard baharu dalam kehidupan mewah serta hospitaliti bertaraf dunia, dan bersedia untuk menjadi mercu tanda ikonik terbaharu di bandar ini.

Kumpulan itu melalui satu kenyataan berkata, hartanah dengan 53 tingkat itu menjadi satu-satunya aset di Kuala Lumpur yang menawarkan kolam renang peribadi di setiap 275 bilik dan suite servisnya.

Hartanah ini menggabungkan bahan mesra alam dalam fasilitinya, di samping penggunaan teknologi cekap tenaga sehingga membolehkan tetamu menikmati kemewahan dengan jejak alam sekitar yang agak kecil.

"Dengan menerima inovasi, Imperial Lexis Kuala Lumpur menjadi pelopor penggunaan teknologi dalam operasi hariannya, menawarkan daftar masuk mudah alih yang lancar melalui tablet dan peranti mudah alih, ini secara berkesan mengurangkan pergantungan pada bahan bercetak.

"Pendekatan pemikiran ke hadapan ini memastikan penginapan yang canggih dan mampan," kata Lexis Group.


-BERNAMA

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Strong tourism growth anticipated in Langkawi

  • Bali Escape Kuala Lumpur dibuka suku keempat 2025

  • 76,664 housing credit guarantee applications worth RM17.86bil approved since 2008

  • Pelaburan hartanah komersial Malaysia meningkat

  • Knight Frank: Malaysia's commercial property transactions rising, mirroring global trend