News & Articles BPJ Business Park hab komersial terbaharu di Sungai Petani

BPJ Business Park hab komersial terbaharu di Sungai Petani


22 Aug 2024
BPJ Business Park hab komersial terbaharu di Sungai Petani
KUALA LUMPUR: OSK Property memperkenalkan hab komersial terbaru di Sungai Petani, Kedah yang dikenali sebagai BPJ Business Park.

Pembangunan komersial yang inovatif itu dijangka akan menjadi pusat komersial dinamik di bahagian utara semenanjung.

"Dengan lokasinya yang strategik berserta keluasan tanah sebesar 11.16 hektar, projek pegangan bebas ini akan bakal mentakrifkan semula pembangunan komersial dengan konsep pandu lalu yang inovatif dan kedai pejabat berorientasikan gaya hidup moden," kata cabang hartanah OSK Holdings Bhd itu dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, OSK Property berkata, BPJ Business Park yang berhadapan jalan utama iaitu Jalan Kuala Ketil dan Jalan Lencongan Timur Sungai Petani, memastikan perniagaan di situ mendapat manfaat daripada aliran pengunjung yang tinggi dan menjadikannya sebagai pusat tumpuan utama untuk aktiviti komersial.

Ia berkata, taman perniagaan itu juga dikelilingi komuniti yang berkembang pesat, dengan hampir 200,000 penduduk dari Bandar Puteri Jaya, Bandar Utama dan Bandar Seri Astana.

Katanya, kawasan itu menyediakan pengunjung yang sedia ada bagi membantu perkembangan perniagaan yang pesat.

"Dengan Fasa 1 yang telah habis dijual, Fasa 2 kini dibuka untuk jualan dan menawarkan peluang pelaburan yang menguntungkan kepada pelabur dan pemilik perniagaan untuk memiliki sebahagian daripada kawasan tumpuan terkini di Sungai Petani," katanya.

Direka dengan fleksibiliti sebagai keutamaan, BPJ Business Park menampilkan 94 unit kedai pejabat dua dan tiga tingkat dengan keluasan tanah dari 20' x 75' hingga 100'.

Kedai pejabat itu juga menawarkan pilihan ruang yang fleksibel, bersesuaian dengan keperluan perniagaan yang pelbagai dengan harga berpatutan bermula dari RM806,455.

Pusat komersial baharu itu juga berdekatan dengan Lotus's BPJ dan Econsave dan menawarkan tempat letak kereta yang luas untuk kemudahan pemilik perniagaan dan pelanggan.

BPJ Business Park bukan saja menawarkan kawasan komersial tetapi juga ruang kedai pejabat separa berkembar dengan ciri pandu lalu yang unik.

Pusat komersial yang luas itu direka khas untuk menyediakan satu persekitaran yang kondusif di mana urusan perniagaan, kerja dan rekreasi boleh dilakukan di tempat yang sama.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Malaysia’s first-ever auction carnival happening on Nov 21 in KL

  • Sunway to expand Sunway City Ipoh with RM4bil in investments

  • S P Setia lancar fasa baharu Ambrosia II, harga bermula RM1.75 juta

  • Tropicana introduces Skypark Kepler by Banyan Group

  • Rumah RM300,000 hingga RM500,000 paling banyak tak terjual