News & Articles Eupe Corp jangka nilai pembangunan kasar RM300 juta projek di Bangsar

Eupe Corp jangka nilai pembangunan kasar RM300 juta projek di Bangsar


23 Aug 2024
Eupe Corp jangka nilai pembangunan kasar RM300 juta projek di Bangsar
PETALING JAYA: Eupe Corporation Bhd (Eupe Corp) menjangka nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM300 juta menerusi projeknya di Bangsar, kata Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Beh Huck Lee.

Menurutnya, melihat kepada situasi pasaran pada masa ini, beliau menjangka projek itu boleh dilaksanakan oleh kumpulan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Mei lalu, Eupe Corp berkata anak syarikatnya, Eupe Bangsar Sdn Bhd (EBSB) memeterai perjanjian jual beli dengan MCL Land (Pantai View) Sdn Bhd untuk membeli tanah pegangan bebas kira-kira satu hektar di Lot 51863 di ibu negara bernilai RM69.18 juta.

EBSB adalah anak syarikat milik penuh Eupe Kemajuan Sdn Bhd (EKSB).

EKSB pula anak syarikat milik penuh ECB.

"Bangunan ini tidak terlalu tinggi. Oleh itu, kami sewajarnya dapat menyiapkan (projek ini) dalam tempoh empat tahun sebelum 2030," kata Huck Lee pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat di sini hari ini.

Perolehan dan keuntungan sebelum cukai kumpulan itu masing-masing sebanyak RM340.2 juta dan RM57.8 juta, dengan peningkatan tahunan 68 peratus dan 56 peratus.

Sementara itu, Huck Lee dalam kenyataan berkata tiga projek utama kumpulan pada masa ini iaitu Est8 @ Seputeh, Helix2 @ PJ South, dan Villa Natura di Kedah, hampir terjual sepenuhnya.

Menurut kenyataan itu, Circadia @ Belfield di Kuala Lumpur dan Edgewater di Sungai Petani, Kedah dijadual dilancarkan pada 2025 sekali gus masih kekal sebagai dua projek terbesar kumpulan setakat ini.

Huck Lee berkata, kejelasan pendapatan kumpulan yang kukuh adalah hasil daripada jualan sedia ada yang teguh, khususnya jumlah jualan hartanah yang belum dituntut, melebihi RM710 juta.

Menurutnya, Eupe Corp mencatat nisbah hutang yang sihat sebanyak 0.23 kali ganda walaupun kumpulan membiayai pembelian tanah tambahan di Edgewater pada tahun kewangan 2024.

Kumpulan itu mencatat dividen sebanyak 2.2 sen untuk tahun kewangan 2024 berbanding 1.5 sen pada tahun kewangan 2023.

Menurut Huck Lee, kumpulan telah melaksanakan kerja asas untuk pertumbuan peringkat seterusnya menerusi projek yang lebih kompleks dan besar serta terus membina profil pasarannya berdasarkan pembezaan produk yang inovatif dan berkualiti.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Malaysia’s first-ever auction carnival happening on Nov 21 in KL

  • Sunway to expand Sunway City Ipoh with RM4bil in investments

  • S P Setia lancar fasa baharu Ambrosia II, harga bermula RM1.75 juta

  • Tropicana introduces Skypark Kepler by Banyan Group

  • Rumah RM300,000 hingga RM500,000 paling banyak tak terjual