News & Articles 80 peratus unit komersial di Pulau Satu, Forest City dibeli dalam kurang sejam

80 peratus unit komersial di Pulau Satu, Forest City dibeli dalam kurang sejam


28 Aug 2024
80 peratus unit komersial di Pulau Satu, Forest City dibeli dalam kurang sejam
KUALA LUMPUR: Unit komersial di Pulau Satu, Forest City mencapai 80 peratus kadar pengambilan dalam masa kurang sejam dari pelancaran di galeri jualan Forest City.

Forest City, meliputi 1,400 hektar tanah tebus guna di empat pulau buatan berhampiran sempadan Malaysia dan Singapura, merupakan projek mega yang dibangunkan oleh Country Garden Pacificview Sdn Bhd, usaha sama antara Country Garden Pacificview Sdn.Bhd. dan Esplanade Danga 88 Sdn. Bhd.

Pulau Satu, sebuah pulau buatan seluas 700 ekar, adalah yang paling maju daripada empat pulau yang dirancang.

Pada Julai tahun ini, lima rang undang-undang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat untuk menjadikan Pulau Satu sebagai pulau bebas cukai.

Country Garden berkata lebih 60 peratus pembeli unit komersial itu adalah warga tempatan dan Singapura, manakala yang lain adalah pembeli antarabangsa.

"Permohonan yang diterima untuk unit komersial adalah tiga kali ganda daripada unit yang tersedia," kata Fang dalam satu kenyataan.

Status bebas cukai pulau itu dan inisiatif zon ekonomi khas Johor-Singapura akan datang telah meningkatkan minat dalam kalangan pembeli tempatan.

Fang berkata, pertanyaan yang diterima adalah untuk unit kediaman dan sub-jualan serta prosedur penyewaan.

Beliau menambah bahawa ini adalah kesan positif daripada usaha peremajaan Forest City.
Pengurus Besar Jenama, Jualan dan Pemasaran Country Garden Malaysia Wilayah Singapura, Fang Fang, berkata ini adalah jualan unit komersial pertama yang dijalankan oleh Forest City.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Malaysia’s first-ever auction carnival happening on Nov 21 in KL

  • Sunway to expand Sunway City Ipoh with RM4bil in investments

  • S P Setia lancar fasa baharu Ambrosia II, harga bermula RM1.75 juta

  • Tropicana introduces Skypark Kepler by Banyan Group

  • Rumah RM300,000 hingga RM500,000 paling banyak tak terjual