News & Articles Forest City kini diuruskan bahagian Malaysia Country Garden

Forest City kini diuruskan bahagian Malaysia Country Garden


5 Sep 2024
Forest City kini diuruskan bahagian Malaysia Country Garden
KUALA LUMPUR: Country Garden Group memperkukuh komitmennya terhadap sumber tempatan dengan menubuhkan bahagian Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Country Garden berkata, bahagian khusus dalam operasi kumpulan itu akan memantau semua projeknya di seluruh Malaysia.

"Langkah strategik itu dilaksanakan ketika Forest City, yang menjadi projek utama di bawah Country Garden terus mendapat manfaat daripada semakan semula dasar program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

"Forest City juga meraih manfaat berikutan lonjakan statusnya kepada pulau bebas cukai, selain dipacu insentif pelaburan baharu dalam Zon Kewangan Khas (SFZ)," katanya.

Menurut Country Garden, tumpuan kumpulan adalah untuk memastikan sumber dioptimumkan, memacu pertumbuhan perniagaan tempatan serta pembangunan pesat di Malaysia dan serta kawasan utama Forest City.

"Ia juga akan mengawasi semua projek Country Garden dengan perancangan strategik, penyelarasan dan pengurusannya," katanya.

Kumpulan itu berkata, inisiatif terbabit mencerminkan strategi Country Garden untuk meningkatkan integrasi sumber berkualiti tinggi dan memperkukuh struktur pasukannya di Malaysia, bagi lebih mengukuhkan peranannya dalam memajukan Forest City sebagai projek utama.

"Kerjasama Country Garden dengan kerajaan persekutuan, kerajaan Johor dan Johor Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, akan menjadi platform penting dalam memacu pembangunan SFZ," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Strong tourism growth anticipated in Langkawi

  • Bali Escape Kuala Lumpur dibuka suku keempat 2025

  • 76,664 housing credit guarantee applications worth RM17.86bil approved since 2008

  • Pelaburan hartanah komersial Malaysia meningkat

  • Knight Frank: Malaysia's commercial property transactions rising, mirroring global trend