News & Articles Marriott International buka hartanah ke-50 di Malaysia

Marriott International buka hartanah ke-50 di Malaysia


9 Sep 2024
Marriott International buka hartanah ke-50 di Malaysia
KUALA LUMPUR: Marriott International Inc mengumumkan pembukaan Penang Marriott Complex, terdiri daripada tiga hartanah iaitu Penang Marriott Hotel, Marriott Executive Apartments dan Marriott Residences Penang yang menandakan hartanah ke-50 syarikat itu di Malaysia.

Presiden, Marriott International Asia Pasifik selain China, Rajeev Menon, berkata pembukaan hartanah ke-50 Marriott International di Malaysia menandakan pencapaian penting dalam perjalanan pertumbuhannya di Asia Pasifik, sebuah benua yang terus menjadi pemacu strategik bagi pengembangan global kumpulan itu.

"Penang Marriott Complex, yang pertama di Malaysia dengan tiga jenama dari portfolio Marriott Bonvoy di bawah satu bumbung, adalah tambahan yang tepat.

"Terletak di sepanjang Gurney Drive yang ikonik di Pulau Pinang, kami teruja untuk menawarkan kepada tetamu dan pemilik kediaman gabungan Marriott dengan kemudahan moden dan daya tarikan klasik, mencipta kenangan indah di salah satu destinasi pulau paling dicari di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis pelancaran kompleks itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Yang turut hadir, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang; Lim Guan Eng dan Pengerusi Lembaga Pengarah Marriott International; David Marriott.


Penang Marriott Complex menyumbang kepada kehadiran Marriott di Malaysia, di mana kini terdapat 20 jenama dalam portfolio Marriott Bonvoy.

Sementara itu Guan Eng berkata, pembukaan Penang Marriott Complex adalah saat penting bagi Pulau Pinang kerana ia bukan sekadar mercu tanda baharu di pulau itu, tetapi bukti komitmen terhadap kecemerlangan, kemajuan, dan pertumbuhan.

"Pembangunan ini memperkukuhkan kapasiti kami untuk menyambut pelawat dari seluruh dunia, sambil memperkayakan pengalaman mereka di sini.

"Dengan berbuat demikian, kami terus mengukuhkan daya tarikan Pulau Pinang sebagai destinasi bertaraf tinggi, mencipta peluang baharu untuk ekonomi tempatan kami," katanya.

Pengembangan Marriott International di Pulau Pinang selari dengan trajektori pertumbuhan syarikat yang lebih luas di Asia Tenggara, di mana syarikat itu terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam sektor hospitaliti, dengan Penang Marriott Complex dijangka menjadi ciri penting dalam landskap hospitaliti Pulau Pinang.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Malaysia’s first-ever auction carnival happening on Nov 21 in KL

  • Sunway to expand Sunway City Ipoh with RM4bil in investments

  • S P Setia lancar fasa baharu Ambrosia II, harga bermula RM1.75 juta

  • Tropicana introduces Skypark Kepler by Banyan Group

  • Rumah RM300,000 hingga RM500,000 paling banyak tak terjual