News & Articles IOI Properties lancar Taman Perindustrian IOI di tiga negeri

IOI Properties lancar Taman Perindustrian IOI di tiga negeri


13 Sep 2024
IOI Properties lancar Taman Perindustrian IOI di tiga negeri
PUTRAJAYA: IOI Properties Group Bhd (IOIPG) mengembangkan penawaran taman perindustrian ke Melaka yang dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun depan, menjadikannya taman ketiga selepas di Johor dan Selangor.

Pemaju hartanah itu juga menyatukan semua tawaran perindustriannya di bawah satu jenama yang kini dikenali sebagai Taman Perindustrian IOI.

Ia akan merangkumi Taman Perindustrian IOI @ Banting di Selangor; Taman Perindustrian IOI @ Melaka dan Taman Perindustrian IOI @ Iskandar Malaysia di Johor yang telah dijenamakan semula daripada iSynergy @ Kulai sebelum ini.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, IOIPG, Teh Chin Guan, berkata sebagai salah satu daripada 10 pemaju terbaik di Malaysia, dengan rekod lebih daripada 40 tahun dalam membangunkan perbandaran dan pembangunan, kumpulan bersedia untuk menyediakan tawaran yang menyokong pertumbuhan sektor perindustrian negara.

"Saya dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran siri Taman Perindustrian IOI, portfolio baharu kami yang terdiri daripada hab perindustrian utama di Johor, Selangor, dan Melaka yang menggabungkan tawaran perindustrian kami di bawah satu jenama.

"Dengan memanfaatkan tanah strategik dan bersaiz besar milik IOIPG di seluruh Malaysia, kami memulakan siri Taman Perindustrian IOI dengan penjenamaan semula projek iSynergy sedia ada kami di Bandar Putra Kulai kepada Taman Perindustrian IOI @ Iskandar Malaysia.


"Pada masa sama, kami memperluaskan kawasan daripada 205.2 hektar kepada 445.2 hektar. Ini akan diikuti oleh Taman Perindustrian IOI @ Banting seluas 130.3 hektar di Selangor, yang akan dilancarkan pada suku kedua tahun 2025, dan seterusnya di Melaka seluas 80.9 hektar," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Taman Perindustrian IOI di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Pengarah, Bahagian Pelaburan Dalam Negeri, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Sukri Abu Bakar.

Yang turut hadir, Pengarah, Bahagian Pembangunan Pelaburan, Invest Selangor dan, Pengurus, Pra-Pelaburan & Promosi, Invest Johor, James Tan Wei Jie.

Mengulas lanjut, Chin Guan berkata, pihaknya menyasarkan portfolio perindustrian untuk menyumbang 20 peratus atau RM400 juta kepada pendapatan kumpulan itu tempoh beberapa tahun akan datang.

"Kami juga mempunyai perancangan untuk melancarkan dua lagi taman perindustrian baharu masing-masing di Segamat, Johor dan Bahau, Negeri Sembilan pada masa akan datang," katanya.

Beliau menambah, IOIPG juga ada menerima pertanyaan daripada beberapa pemain pusat data (DC) yang menyatakan minat untuk membuka DC di taman perindustrian mereka di Banting dan Iskandar Puteri.

"Kami akan mengumumkan mengenainya dalam tempoh sebulan, dua ini. Kami harap akan mendapat berita baik mengenainya," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • 防诈骗 高价房交易需指纹认证

  • Healthy property sales improve outlook for sector

  • Terima 32 lot tanah untuk bina PRR

  • Mitsui Fudosan to open Mitsui Serviced Suites BBCC this month

  • 23 Projek Rumah Mampu Milik Akan Dibina Menerusi RMK-12