News & Articles AmBank Lulus Pembiayaan RM193 Juta Untuk Projek Penambakan Tanah Di Senibong Cove

AmBank Lulus Pembiayaan RM193 Juta Untuk Projek Penambakan Tanah Di Senibong Cove


3 Oct 2024
AmBank Lulus Pembiayaan RM193 Juta Untuk Projek Penambakan Tanah Di Senibong Cove
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) meluluskan pembiayaan RM115 juta kepada Senibong Cove Development Sdn Bhd (Senibong Cove) dan RM78 juta kepada JBB Builders (M) Sdn Bhd (JBB Builders), kontraktor yang dilantik untuk penambakan 60.7 hektar tanah tepi laut di Senibong Cove, Johor Bahru.

Menurut kenyataan bersama pada Isnin, ketiga-tiga pihak itu menjelaskan projek tersebut adalah lanjutan daripada pelan induk Senibong Cove dan bertujuan memperluas kawasan tanah bagi membina lebih banyak rumah yang direka dengan kualiti tinggi.

“Projek itu, yang dijangka siap pada 2028, akan melibatkan pembangunan lebih 4,000 teres mewah, pangsapuri, hotel dan pangsapuri berperkhidmatan, ruang runcit, selain kemudahan pelepasan kastam dan imigresen untuk kapal riadah persendirian
serta kapal layar,” tambahnya.

Senibong Cove dengan keluasan 87 hektar adalah pembangunan tepi laut mewah di Johor Bahru dengan anggaran nilai pembangunan kasar melebihi RM5 billion.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank Jamie Ling berkata AmBank mengiktiraf keperluan untuk pilihan pembiayaan yang boleh diakses untuk memperkasakan perniagaan dalam usaha ke arah pembangunan mampan.

Beliau berkata pembangunan yang meluas ini bukan sahaja pelaburan dalam hartanah malah juga pelaburan dalam masa depan yang lebih mampan dan inklusif.

Source: Bernama.com

Latest Posts
  • Mah Sing buys Johor land from S P Setia for RM157mil

  • Pasaran rumah stabil sepanjang 2024

  • Sunway Property unveils Serene Villas project

  • MVV City bandar pintar di Seremban, GDV diunjur cecah RM15 bilion

  • New assessment rate for Ipoh to be announced on Dec 26 : Mayor