News & Articles LBS menang tiga kali berturut-turut 'Malaysia Developer Awards'

LBS menang tiga kali berturut-turut 'Malaysia Developer Awards'


22 Oct 2024
LBS menang tiga kali berturut-turut 'Malaysia Developer Awards'
KUALA LUMPUR: LBS Bina Group Bhd (LBS), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat diiktiraf dengan anugerah berprestij, 'Top of The Chart', menduduki kalangan 10 terbaik dalam kategori modal pasaran bagi syarikat yang melebihi RM1 bilion pada Anugerah 'Malaysia Developer Awards 2024 (MDA).

Pengiktirafan kali ketiga berturut-turut ini menekankan komitmen berterusan LBS dalam membangunkan hartanah berkualiti tinggi dengan pendekatan inovatif, di samping memajukan amalan kelestarian secara bertanggungjawab dalam kesemua projek dan usaha yang dilakukan.

Inisiatif bersama Kumpulan Media Star dan FIABCI-Malaysia, MDA dianggap sebagai penanda aras industri yang mengiktiraf syarikat-syarikat yang cemerlang dengan modal pasaran yang signifikan, prestasi kewangan yang kukuh, tadbir urus yang cekap, dan pertumbuhan yang berterusan dalam sektor pembangunan hartanah.

Mengulas mengenai pencapaian itu di majlis anugerah yang berlangsung di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir Dr Lim Hock San, berkata, ini merupakan satu penghormatan bagi LBS yang diiktiraf dan tersenarai di antara 10 pemaju terbaik di Malaysia.

"Anugerah ini mencerminkan daya tahan kewangan kami dan komitmen terhadap pertumbuhan yang lestari. Perkembangan terbaharu kami dalam sektor tenaga boleh diperbaharui selaras dengan matlamat alam sekitar syarikat di samping mengukuhkan asas untuk membina masa depan yang mampan dalam sektor pembangunan hartanah.

"Inisiatif strategik ini membuka jalan untuk pertumbuhan berterusan, sekali gus mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju di pasaran. Kami tetap komited untuk mencipta nilai bagi pemegang berkepentingan dan memberikan impak yang positif terhadap kelestarian alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Selama lebih daripada 30 tahun, LBS telah memberi tumpuan kepada rumah berkualiti dan mampu milik, meletakkan rakyat sebagai teras pendekatannya.

Kejayaan berterusan yang dilakar oleh LBS adalah hasil kepimpinan Hock San yang turut dianugerahkan dengan pingat emas sebagai 'Property Man of the Year by Malaysia Property Award' pada tahun 2018.

Ketabahan dan kegigihan beliau di dalam mengatasi cabaran industri, serta kepimpinan yang cemerlang dengan pengetahuan ilmu industri hartanah yang unggul di samping nilai integriti dan tanggungjawab menjadi tonggak kepada penerimaan anugerah ini.

Pada tahun ini, beliau menerima Anugerah Kepimpinan Ikon Hartanah Sepanjang Hayat Dunia atas sumbangan yang cemerlang dalam bidang kelestarian di sektor hartanah.

LBS terus berkembang dengan memiliki bank tanah yang luas di seluruh Malaysia, mengulangi kejayaan bandar seperti Bandar Saujana Putra di kawasan berbeza di Selangor, termasuk KITA @ Cybersouth di Dengkil dan LBS Alam Perdana di Bandar Puncak Alam.

Selain daripada pembangunan hartanah, LBS juga sedang berkembang maju dalam pengurusan runcit, hospitaliti, dan pelancongan.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Mah Sing launches its M Aspira Sales Gallery in Taman Desa

  • Matrix Concepts sedia khidmat concierge canggih di Levia Residence

  • MGB delivers robust Q3 net profit growth

  • IOI Properties, Maybank tawar pembiayaan khas rumah mesra alam

  • Malaysia’s first-ever auction carnival happening on Nov 21 in KL