News & Articles Valeria Garden Homes tampil kediaman harmoni dengan alam semula jadi

Valeria Garden Homes tampil kediaman harmoni dengan alam semula jadi


23 Oct 2024
Valeria Garden Homes tampil kediaman harmoni dengan alam semula jadi
SYARIKAT pemaju terkemuka, Gamuda Land melancarkan projek perumahan terbarunya, Valeria Garden Homes yang terletak di Gamuda Gardens dan menampilkan reka bentuk kepadatan rendah bagi menciptakan suasana perumahan yang lebih eksklusif.

Projek perumahan ini menawarkan 434 unit rumah dalam kawasan seluas 51 ekar, dijadualkan siap dalam dua fasa, dengan Fasa 1 dijangka siap pada Januari 2025 dan Fasa 2 pada Disember 2025.

Valeria Garden Homes menyediakan pelbagai pilihan jenis rumah termasuk rumah teres dua dan 2.5 tingkat, semi-D dua tingkat, serta kluster semi-D dua dan tiga tingkat.

Komuniti ini menawarkan gaya hidup yang harmoni dengan alam semula jadi melalui taman persendirian seluas 11 ekar dan dilengkapi lorong-lorong berlandskap yang luas serta taman pendebunga yang menjadi oasis ketenangan di tengah kesibukan bandar.

Taman persendirian ini adalah ciri utama di Valeria Garden Homes, dengan perancangan teliti bagi memastikan laluan pejalan kaki dan berbasikal yang selamat menghubungkan rumah ke taman.

Reka bentuk yang dipertimbangkan dengan baik ini menjadikan perjalanan pergi dan balik dari taman lebih menyeronokkan untuk kanak-kanak, keluarga, dan warga emas.

Daripada segi aksesibiliti, Valeria Garden Homes terletak strategik berdekatan dengan tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Koridor Guthrie, dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR).

Valeria Garden Homes tidak hanya menekankan kecantikan alam semula jadi, tetapi juga komitmen terhadap kelestarian.

Ini kerana, ia dilengkapi ciri hijau seperti ruang pengecasan untuk kenderaan elektrik (EV), dan tangki penuaian air hujan untuk tujuan pengairan.

Inisiatif ini bukan sahaja mengurangkan kesan terhadap alam sekitar tetapi juga menawarkan penjimatan kos kepada penduduk.

Valeria Garden Homes menawarkan susun atur terbuka dan praktikal dalam kawasan binaan antara 2,353 kaki persegi hingga 3,492 kaki persegi.

Ia menyediakan pilihan empat hingga lima bilik tidur, bilik mandi yang luas dan taman peribadi untuk sentuhan kehidupan luar bagi memenuhi keperluan keluarga, terutama bagi mereka yang mempunyai anak-anak dan haiwan peliharaan.

Dengan penekanan pada elemen biofilik, pencahayaan dan cahaya langit yang mencukupi memastikan setiap ruang berfungsi dengan baik.

Ia juga meningkatkan pengudaraan, aliran udara yang segar, dan pencahayaan dalaman, menjadikan suasana lebih nyaman dan menyegarkan.

Reka bentuk Valeria Garden Homes turut menekankan keselamatan dan kemudahan, dengan kawasan berpagar dan dijaga serta sistem pengawasan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sekeliling pagar perimeter.

Lebih daripada sekadar tempat tinggal, Valeria Garden Homes menawarkan gaya hidup yang menggalakkan interaksi bersama alam semula jadi serta hubungan erat dengan jiran tetangga.

Di samping itu, Valeria Garden Homes menyediakan pelbagai ruang rekreasi dan komersial yang menyeluruh, sesuai untuk semua peringkat umur.

Valeria Garden Homes terletak di Gamuda Gardens, sebuah kawasan perbandaran yang terletak di Utara Sungai Buloh.

Perbandaran seluas 810 ekar ini menggabungkan gaya hidup moden dengan alam semula jadi, dikelilingi oleh landskap berbukit yang subur serta pelbagai kemudahan menarik yang tertumpu di sekitar Central Park seluas 50 ekar.

Dengan gabungan keselesaan hidup dan kemudahan harian, Valeria Garden Homes menjadi destinasi ideal untuk mereka yang menginginkan keseimbangan antara kerja, santai, dan hiburan.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Mah Sing launches its M Aspira Sales Gallery in Taman Desa

  • Matrix Concepts sedia khidmat concierge canggih di Levia Residence

  • MGB delivers robust Q3 net profit growth

  • IOI Properties, Maybank tawar pembiayaan khas rumah mesra alam

  • Malaysia’s first-ever auction carnival happening on Nov 21 in KL